Wednesday, 14 September 2011

HANDPHONE PUNYA PASAL, SERIK DAH AKU!

Assalamualaikum.. 

     Kenapa dengan handphone erh?? Actually aku baru aje memalukan diri sendiri dengan mengulang episod lame lagi sekali.. Orang bilang jadikan cerita lama sebagai pengajaran,. tetapi aku tidak langsung mengendahkan bicara orang lame2 nie... so, ape cerita nie?? 

     Semester lepas, ketika menghadiri kuliah Talaqqi Al-Quran...Ketika masing2 khusyuk memantapkan bacaan Al-Quran memasing, tibe2..... telifon bimbit aku mengeluarkan bunyi...At first, aku tak perasan, tapi last2 makin best lagu ringtone dan macam cam aje... ohoo... aku punya... Ustaz kat depan dah jeling2 kat aku.. Siap kena perli lagi... Aku ingat lagi sampai la ni..hukhuk.. Dah ler ringtone rancak ni yang kuar....  (bigbang+2ne1 -lollipop)


     Dan, dijadikan cerita, semalam aku kena lagi. Phone berbunyi time kelas.. Dah la lecturer Computer science theory sedang syokkk mengajar..Semua student diam aje.. Saje aje phone aku nak cari glamer.. Bunyi pulak time kelas.. Kalau lagu nasyid takpa gak...Sedap aje. Dah ler tepon murah. Memang giler publisiti betul .. Dah bunyi kuat2 tu, aku cari nak silent kan pulak satu hal.. Mengalahkan explorace dah..Last2 dah jumpa.. Nak off kan pulak susah, satu hal pulak button tu nak meragam time2 syokk tu..Malu betul. Nak aje masukkan kepala dalam beg. Tapi lagi memalukan, se be cool walaupom dalam hati menyesal teramat sebab tak silent awal.. (0_0")

Keluar ringtone rancak ni pulak...(Girls Generation-Hahaha)


     Oleh yang demikian, moral of the story silent your phone when attending a class ok! Kalau tak, dapat malu, kena marah, dan dapat glamor free opkos kan.. 




PEace no war :)



Saturday, 10 September 2011

:: AIR LIUR PENYEMBUH LUKA ::


Assalamualaikum.

Aloha semua! Korang pernah tak mengalami air liur meleleh apabila tengok makanan s0dap2? Ataupun air liur keluar ketika korang tidur? Ataupun tengah syok sangat tengok movie sampai tak perasan air liur keluar? Pernah? Eeuuw~ 



     Bayangkan satu situasi ok. !Miss A sedang mengupas buah epal., sambil control cun sebab Mr. Z ada kat tepi menyibuk nak tengok adegan mengupas buah epal. Tiba2 Miss A terpotong jari, maka luka lah jari Miss A. Dengan langkah yang pantas dan efisien, Mr  Z terus memasukkan jari Miss A kedalam mulutnya.. Kenapa?? Kenapa tak lap darah tu? Kenapa tak basuh luka tu? Kenapa mesti letak dalam mulut? Kenapa yerk?

     Hasil penyelidikan telah mendapati bahawa rembesan cecair dalam mulut uang dikeluarkan kalenjar air liur mengandungi berbagai manfaat kepada tubuh manusia dan antaranya ialah proses penyembuhan luka yang pantas. Saliva atau air liur mengandungi protein Histatin , protein kecil di dalam air ludah yang didakwa boleh membunuh bacteria .WOW!

     Future research dibuat dan mendapati Histatin turut membantu menyembuhkan luka.Sebab tu lah kekadang kalau haiwan, menjilat2 luka dibadannya kerna mereka tahu, dengan cara sedemikian dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Kalau korang luka tangan boleh lah try letak dalam mulut. Kalau luka kaki?? Err..

Kalau hati terluka pulak, nak wat camna lak erk??


Adios geng !




Saturday, 13 August 2011

Aku Pengemis Cinta


Aku Pengemis Cinta

Tuhan..
Dulu aku pernah menagih simpati,
Kepada manusia,
Yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku,
Di lorong kegelapan,
Luka hati yang berdarah,
Kini kian jadi parah..

Tuhan,
Semalam,
Sudah sampai ke penghujungnya,
Kisa seribu duka,
Ku harap sudah berlalu,
Tak ingin lagi aku,
Ulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris..

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi,
Ya ALLAH,..Namun Rahmatmu,
Seluas langit terbentang,
Harga selautan syukurku,
HAnyalah setitis ,
Nikmat Mu di bumi..

Tuhan,
Walau taubat sering ku mungkir,
NAmun pengampunan,
Tak pernah bertepi,

Tuhan,
Bila selangkah ku merapat padamu,
Seribu langkah Kau merapat padaku,


Ya Allah, Ampunkan dosaku..
Atas keterlanjuran yang berulang kali..

MEngemis cintaMU yang hakiki,
Mendambakan kasihMU abadi..


Friday, 5 August 2011

Perfume : Mine and yours..!



“ooooooooo”, bulat muncung mulutku pabila memandang bait-bait tulisan di dada senaskhah majalah. Usang dan berkeroyok sudah. Dibelek kiri dan kanan, nyata muka hadapan sudah dimamah usia dan tiada bertempek di majalah itu. Biarkan. Di teliti lagi setiap patah perkataan yang teramat menggamit jiwa keperempuanan aku. Selama aku hidup , the fact is hidden and I did not build any effort to explore it. Sighhh….

Tiap hari sebelum melangkah menghadirkan diri kekelas, pasti aku calit sedikit perfume ke dua tapak nadi kiri dan kanan.Fresh!. Walaupun kekadang lupa, memang jiwa selekeh.haha.. pakai perfume Tak perlu melebih nanti mengundang fitnah. Bau bauan yang lembut mengundang ketenangan dan keyakinan. Agree? Nod your head. Hehe. 

Seperti yang kita tahu, minyak wangi memang terlampau akrab bagi setiap wanita. Begitu juga lelaki kan. Sekarang berlambak minyak wangi dipasaran, ada jenama dalam dan luar juga. Pilih,beli,calit,done. Hidup anda kan ditemani bauan menyenangkan, disamping menjadi daya penarik dan tanda peribadi anda.
Sejauh mana kepekaan anda terhadap isu perfume.

I means.. Cara penggunaan, cara penjagaan, cara memilih and what so ever bout minyak wangi. Kalau aku, aku main rembat mak aku punya. Rasa best dan sesuai dan wangi, terus aku bawak lari sebotol.Tak perlu mahal janji kena ngan jiwa..ye dak? Ngehee
Tips daripada majalah tu yang aku nak kongsi.

Bagaimanakah cara yang betul untuk memilih minyak wangi?
Pernah tak korang pergi mall pastu jumpe kedai perfume, korang pom duk calit kat tangan sikit. Nak try test nak bau. Cara yang betul nak test minyak wangi ialah, sapukan setitik minyak wangi yang mahu dicubai, biarkan selama 15 minit hingga baunya benar2 melekat.Pastu boleh lah decide samaada sesuai atau tak dengan personality anda.

Berapa minyak wangi yang dapat dicubai dalam satu masa?
Time jejalan kat mall tu, ade tak manusia pegang 5 botol minyak wangi sekali gus, pastu try nak calit kat tangann korang, nak suruh korang bau. Tapi boleh ke macam tu? Fyi, korang tidak boleh mencuba dua atau tiga minyak wangi dalam satu masa, kerna kalau lebih dari itu ia akan menyebabkan daya cium hidung korang hilang, dan korang takleh nak bezakan jenis2 minyak wangi dan susahlah nak buat pilihan tepat kan.

Kenapa minyak wangi perlu dicuba sebelum dipilih?
Ni fact paling aku suke dan aku baru tahu.Jakun.hehe. Kesan minyak wangi ni actually berbeza-beza menurut kulit memasing dan korang tidak dapat mengetahui reaksi dari percampuran minyak wangi dengan lemak kulit anda melalui percubaan SENDIRI. Maknanya korang takleh lah menggantungkan pilihan minyak wangi keatas teman2.Dan jugak korang takleh pilih minyak wangi tu sebab korang rasa best bile kawan,keluarga,jiran tetangga korang pakai.Kerna kita semua punyai kulit dan lemak berbeda, so kesesuaian pom berbeda, kadang kalau si A pakai.. wangi je, tapi bila si B pakai yang sama, bau cam bangkai aje.. So, lain orang lain kesesuaian okeh!

Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi?
Mentang2 ada date ngan buah hati, habis sebotol minyak wangi korang duk sembur or calit. Jangan!, membazir seh. So, how? Kenakan beberapa titis minyak wangi di kawasan nadi iaitu di kedua belah tangan, di lipatan lengan dan dibelakang lutut korang. Semua kawasan ini merupakan kawasan2 denyut nadi yang menolong menyebarkan minyak wangi itu sehingga semerbak di sekeliling korang. Korang boleh jugak calitkan sikit kat belakang telinga anda.Wangi!

Minyak wangi ni kekadang boleh mengubah personaliti seseorang yang kurang yakin kepada manusia yang konpiden tinggi dan tenang dan mudah bergaul.Cube bayangkan kalau korang berbau masam, tengit, busuk dan sebagainya, akan mengundang ketidaksenangan orang sekeliling kan. Bayangkan pula kalau berbau harum semerbak kasturi, boleh jadi cam iklan tv pulak, Lalu je terus mata setiap disekeliling tak lari merenung si pemakai.Hehe.So pikir2 lah.

p/s : pakai one drop perfume aje. Selesa,wangi yang penting jimat.muehehehe