Thursday, 6 June 2013

SESAT

     Exam hari ahad ni. Tapi sebabkan seminggu study week digunapakai untuk siapkan assignment dan presentation, langsung terus mood study tak datang. Jenguk2 je.. Oh please...come to me....

     Well, tajuk berkenaan sesat. Yes. Aku tersenyum-senyum apablia melihat pelajar2 baru ibarat rusa masuk kampung. Aku yakin dan pasti bahawasanya mereka semua sesat dan tidak tahu di mana arah tuju kelas mereka. 

     Dalam jadual, nama kelas dan bilik kuliah di short form kan sahaja. Itu la yang duk sesat melilau sana sini. Aku pernah jadi budak baru. Pernah sesat, selalu tebalkan muka tanya student sekeliling tempat tu kat mana. Aku pernah. Jadi aku tahu perasaan tu..haha

      So, what to do? do research. Ada facebook kan sekarang ni, join group student universiti tersebut dan rajin2 bertanya perihal jadual, tempat dan sebagainya. Dulu aku nak tengok jadual pon terkial-kial. Even habis semester satu pon aku masih konpius JAM KREDIT tu ape.. 

     Malu sekarang takpe. Nanti senang kemudian hari. Yang penting jadi budak baru jangan sombong. Senyum je. Rendah diri. Baru orang suka :)

Ok. Jom study! STUDY HARD, PRAY HARDER !


Monday, 3 June 2013

Selamat Datang Ke UniSZA

    
      Hari ni di study week yang aman damai ini, aku terserempak satu barisan pelajar yang jalannya berbaris menjelajahi bangunan2 untuk sesi kenal-kenal.

     Oh, pendaftaran baru budak diploma. Selamat datang adik-adik. Semua muda-muda lagi ni lepasan SPM. Tahniah kat korang semua sebab berjaya mencecah kaki ke menara gading. Dan SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UniSZA). 

     Memang universiti ni tak gah grand tersohor seperti UKM,UM,UPM. But believe me, one day adik-adik akan terbit rasa bangga di hati. Just tunggu dan lihat.

     Sebut adik-adik ni, aku dah mula rasa tua. Yep, nak ikutkan, paling senior adelah batch aku. Well, behave adik-adik. Nanti senior-senior buli kang.hahaha

     One thing, orientasi zaman sekarang laen. Dulu kena tengking,marah,makan ati ulam jantung itu biasa. Tapi sekarang orientasi sangat lemah lembut. Jadi jangan nak cakap penat lah wahai freshie, kami senior orientasi dulu bukan main teruk lagi dari korang.hahaha

     Ok, All the best freshie. Make your parents proud. Tyme blaja serius,tyme santai,enjoy la..Ok dear, welcome and have a great day ahead freshie :)


Entry pertama-MULA


Lame aku tinggal. Bersawang sudah belog aku. Adik aku cakap belog aku borink giler .yes,i admit it. Aku lame tak menaip kat laman nie. Rase macam lost. Dulu aku ade blog, aku remove dan aku buat yang baru ni. Dengan harapan semangat juang akan kembali. Tapi, hampeh jugak. Aku bior aje bersawang mess messy. 

So, hari ni, detik ini, aku cuba menaip kembali.Walau aku tahu siapa ntah nak bace bebelan aku ni.hehe At least biler ade yang tak tersengaja link ke blog ni, mereka tahu bahawasanya belog ni masih bernafas. Dan...terima kasih kat awka...ye awak yang sedang baca bait2 kata saya ni..awak laa... terima kasih sudi datang sini, jenguk sini, jeling sini. Lain kali datang lagi hokey! 

Sekian untuk entry pertama selepas semangat kembali pulih..bhahaha :)


Tuesday, 9 April 2013

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12

Lagu ni 2 minit je. 2 minit yang aku rase penuh meaning. enjoy :)

Lirik Lagu Putih Putih Melati - ST12
Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima

Ulang Chorus 3X