Tuesday, 11 June 2013

Perempuan mahal

     


     Kita perempuan, biar mahal. Malu aku tengok yang desperate sangat nak ada lelaki dalam hidup dia. Malu. Sampai maruah kau sanggup bagi, kau sanggup lanyak macam kain buruk,maruah kau sanggup gadai buat jualan murah-murah.,

     Kau di hantar belajar jauh-jauh. Moga kau penuhkan ilmu di dada dengan pengalaman dan pendidikan. Tapi apa kau buat? Bergelak tawa, bertepuk tampar, ringan-ringan dengan lelaki , katanya mau tunjuk setia sampai bawa ke tempat tidur, SETIA katanya. pe jadahnya..

     Katanya , ada lelaki ni bukan saja-saja. Pelengkap hidup. Mahu study semangat berkobar. Ada yang merangsang katanya. Meransang minat pada buku nota. Aku rasa merangsang pada yang lain bila kau berdua. Duduk jauh terperuk tersorok tercorok, study tempat sunyi baru masuk katanya. Mahu kata bodoh tapi kau masuk universiti. Jadi kau letak otak kau kat mana agaknya?

     Bila katanya cinta yang utama, apa-apa kau buat kau agungkan cinta. Kau agungkan jantan betina. Kau rasa hidup kau bahagia dan cukup dengan ada pasangan masing-masing. Kau rasa syurga sentiasa. Tapi kau lupa kau sedangkan dekatka diri pada neraka. Kau sedarkah?

     Cuba kau fikir sekejap. Ya, sekejap saja. Mak bapak kau bukan main kepalang sukanya dapat tahu kau dapat universiti. Susah payah sedia keperluan kau. Hantar pandu kau jauh-jauh. Tinggal kau kat asrama. Hati mak bapak mula gundah gelana, teringat kat kau. Harap mereka kau mampu berdikari bila berenggang jauh. HArap kau dapat belajar sehabis baik, gapai cita-cita kau biar manfaat dunia akhirat.

Tapi apa kau buat sekarang?

Penuhkan nafsu serakah saja. 

     Kalau kau masih seorang, single bahasa sedapnya, kau toksah sibuk cari pasangan ke hape. Kau rasa sedia kahwin, then, kau cari, kau kahwin. Kalau kau rase bukan masa kau bina masjid, kau simpan niat kau elok-elok. Kau yakin saja, Ya, yakin, jodoh kau dah ada, cuma belum masa dia. Jadi buat apa kau buang masa tambah dosa dengan berpacaran tika masanya tak cocok? kenapa?

Kau tak kesian mak bapak kau kah? 

Kau sanggup tengok harapan mereka berkecai begitu saja kah?

     Kalau kau sudah jauh menyimpang, kembali lah kejalan lurus, ramai akan pimpin kau. Tapi yang utama, pimpin diri kau sendiri dulu.

     Kalau kau baru breakup, putus,clash itu satu tanda bagus. Tanda yang Allah sayang kau. Allah nak tarik kau dari lembah hina. Kau tahu? Jadi ambik masa suburkan cinta pada-Nya. Cinta agung hakiki tiada tandingannya. 

     Rasa sampai sini saja, peringatan untuk kamu dan aku dan semua. Moga cinta kita padanya mekar bak bunga di siram air di bawah mentari.

Sampai sini saja. Salam.


Friday, 7 June 2013

Motivasi pagi

     Morning peeps ! Just one more day to final exam.. Hoping that i can do the best, Insya Allah. Doakan saya :)


     Semua orang ade cita-cita,dreams,wishes masing-masing. Tapi tak semua orang kejar cita-cintanya, hanya biar ianya sekadar dreams sahaja. Tak salah kita set a dream. But please work for it.

      Tak semua cita-cita yang kita set akan kita gapai. Set dari kecik lagi nak jadi pilot, dah besar jadi askar, dari kecik nak jadi miss universe, dah besar accident muka senget. 

       Kita semua merancang. Kita boleh merancang. Kita dibenarkan merancang. Kita usaha sungguh-sngguh untuk gapai peluk ketat-ketat tapi kita jangan lupa, Allah juga merancang. 
Kita merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik-baik perancang. Ingat tu.

       It means you are dead! if there are no ups and down. So, kalau anda berada di bawah, zaman kegelapan, lost, down,confused, lost soul, rilex bebeh. semua orang pernah lalui, cume berbeza antara kita. Semua orang akan rasa kejatuhan tersebut,tapi once da jatuh, bangun lah.. Usaha, dan usaha supaya dapat berada di atas pula..

Exam,Study.! All The best kepada student university yg in exam mode, ALL THE BEST! FIGHTING!!

Thursday, 6 June 2013

SESAT

     Exam hari ahad ni. Tapi sebabkan seminggu study week digunapakai untuk siapkan assignment dan presentation, langsung terus mood study tak datang. Jenguk2 je.. Oh please...come to me....

     Well, tajuk berkenaan sesat. Yes. Aku tersenyum-senyum apablia melihat pelajar2 baru ibarat rusa masuk kampung. Aku yakin dan pasti bahawasanya mereka semua sesat dan tidak tahu di mana arah tuju kelas mereka. 

     Dalam jadual, nama kelas dan bilik kuliah di short form kan sahaja. Itu la yang duk sesat melilau sana sini. Aku pernah jadi budak baru. Pernah sesat, selalu tebalkan muka tanya student sekeliling tempat tu kat mana. Aku pernah. Jadi aku tahu perasaan tu..haha

      So, what to do? do research. Ada facebook kan sekarang ni, join group student universiti tersebut dan rajin2 bertanya perihal jadual, tempat dan sebagainya. Dulu aku nak tengok jadual pon terkial-kial. Even habis semester satu pon aku masih konpius JAM KREDIT tu ape.. 

     Malu sekarang takpe. Nanti senang kemudian hari. Yang penting jadi budak baru jangan sombong. Senyum je. Rendah diri. Baru orang suka :)

Ok. Jom study! STUDY HARD, PRAY HARDER !


Monday, 3 June 2013

Selamat Datang Ke UniSZA

    
      Hari ni di study week yang aman damai ini, aku terserempak satu barisan pelajar yang jalannya berbaris menjelajahi bangunan2 untuk sesi kenal-kenal.

     Oh, pendaftaran baru budak diploma. Selamat datang adik-adik. Semua muda-muda lagi ni lepasan SPM. Tahniah kat korang semua sebab berjaya mencecah kaki ke menara gading. Dan SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UniSZA). 

     Memang universiti ni tak gah grand tersohor seperti UKM,UM,UPM. But believe me, one day adik-adik akan terbit rasa bangga di hati. Just tunggu dan lihat.

     Sebut adik-adik ni, aku dah mula rasa tua. Yep, nak ikutkan, paling senior adelah batch aku. Well, behave adik-adik. Nanti senior-senior buli kang.hahaha

     One thing, orientasi zaman sekarang laen. Dulu kena tengking,marah,makan ati ulam jantung itu biasa. Tapi sekarang orientasi sangat lemah lembut. Jadi jangan nak cakap penat lah wahai freshie, kami senior orientasi dulu bukan main teruk lagi dari korang.hahaha

     Ok, All the best freshie. Make your parents proud. Tyme blaja serius,tyme santai,enjoy la..Ok dear, welcome and have a great day ahead freshie :)