Monday, 8 April 2013

Cuti mid-semester

Assalamualaikum.

     Cuti mid semester dah bermula. Tapi cuti sikit jer, seminggu, tapi ape pom, kene bersyukur so, Alhamdulillah. 

     Sekarang ni, aku dah masuk semester 6. Sangat sibuk sebab subject dah makin mencabar kewibawaan aku yang sangat berwibawa, puii..haha 

      Dulu bila ada satu subjek susah, aku akan doa tyap2 ari supaya dapat jalani dengan baik dan berazam tidak akan bersua muka lagi semester mendatang. Tapi,,, hamek kaw, hujung2 hidup sebagai pelajar ni, semua yang belajar lepas2 akan kena korek ingat dan apply.fuhhhh.Tak suka tak suka.

      Walau seminggu aje cuti, aku hargai sungguh2. Assignment yang tak sempat siap sebelum cuti aku langsung tak sentuh dek kerana keazaman aku bahawasanya CUTI UNTUK BERCUTI. so, what for la kan pegang2 buku bagai di musim cuti. STUDENTS jangan ikot perangai aku. no good laa.

     To sum up, (macam penutup karangan SPM), ehem, kepada member2 yang turut bercuti mid sem, selamat bercuti, manfaat cuti anda dengan gejala berfaedah dan peace no war ^_^.




Thursday, 14 March 2013

Minda Kelu.

Assalamualaikum...

It was a long time aku tak mencoret di sini.. Sibuk sebab baru masuk study. Macam orang lain jugak, ade macam2 sibuk.

Kadang2 jenguk jugak blog sepi ni, tapi tak mampu create new post lagi. so, bagi masa terluang ni, aku cuba juga luah apa yang perlu. Apa yang perlu saja.

Tiap kali bizi, mesti bermacam2 benda niat terlintas nak jadikan story kat dalam blog ni. Tapi bila dah ada masa, minda kelu, mungkin kerna lama sangat tak mencoret.. Oh... pliss aktif !

So, ermm.. see.... kelu lagi,,haha.. maybe i'll find interesting story okie ! peace yaw :)

Thursday, 14 February 2013

TUhan,tolong jagakan dia.

Kira satu-satu bintang itu...
Banyak..
Boleh gila membilangnya..
Kelip-kelip pancar sinarnya.
Andai mampu ku petik satu..
Akan ku hadiahi pada dia.
Buat teman.
Boleh jadi penerang tika gelap.
Boleh jadi cahaya tika kelam.
Boleh jadi tawa tika duka..
*senyum*
Tapi aku bukan siapa2...
Hanya insan kerdil di bumi fana.
Masih bergantung ihsan tuhan yang esa.
Tiada Dia, aku tiada makna. 
Bawah langit tuhan penuh bintang..
Doaku moga tuhan jagakan engkau.
Terangi jalan kelam mu seperti terangnya bintang gah di sana.
Rahmati kamu seperti suburnya cahaya bintang..
Tuhan.tolong jagakan dia.


Sunday, 3 February 2013

Nasi Bujang

Masih ingat lagi seminggu study week pada penghujung bulan 12 tahun 2012. Ingat lagi. Usaha keras untuk belajar sebagai bekalan di medan pertempuran peperiksaan. Orang kate makan minum tidur kesihatan kena jage elok2..Supaya exam nanti bertenaga dan sihat ceria sentiasa.

Aku ingat lagi , tika itu nak jimat duit dengan salah sorang kawan aku. Hujung semester duit semput. Kena jimat. Oleh kerna musim hujan, kebiasaan petang tak makan atau makan-ape-yang-ade aje, tapi hujan menyebabkan kami lapar sentiasa. Stok bekalan jajan kudapan habis dan ada sikit simpan untuk waktu genting sahaja. 

Lalu berjoli ke cafe dan survey ape yang ade+murah+diterima anak tekak. Lalu jumpa satu makanan ini..

nasi bujang.
Nasi bujang namanya. Makan aje mesti bujang trang tang tang. Ok tipu. Nasi bujang ni harganya RM2.50 sahaja. Iaitu nasi putih+telur dadar+tomyam. Sedap hingga menjilat jari. Mungkin lapar. Tiap hari pasti cari. Baru aku tahu macam mana orang ketagih. 

Aku, walau kenyang mesti rasa nak makan nasi bujang ini juga. Salah satu cara juga untuk aku kurangkan streess belajar. Lain orang, lain cara dia nak hilangkan stress. Dan ini cara aku. Makan. 

Kepada yang terliur, maafkan daku. Tapi sumpah tomyam die ala thai super sedap wa cakap lu... 

Assalam. :)