Tuesday, 12 April 2016

Ups and Downs

Assalamualaikum..

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Mesti korang dah terbiasa dengan ayat ni kan. Tapi betul lah, kalau nak kejayaan kena ada usaha. Janji tuhan, siapa berusaha akan dapat hasilnya. 

Kebanyakkan orang, hanya nampak senang kita, jadi banyak lah benda yang tak puas hati dan kedengkian, depa tak tahu kita ni dah separuh mati nak berada dalam keadaan senang sekarang, well, taklah senang, tapi Alhamdulillah. 

Kadang-kadang kita tengok seseorang tu, cukup sempurna hidupnya. Dikurniakan fizikal cantik, segak, menarik, akal yang bijak, keluarga yang berada, peluang terbuka sana-sini, itu adalah rezeki mereka. Rezeki kita Allah kurnia dengan cara lain pulak. 

Bukan tugas kita nak mempertikai nikmat yang mahu tuhan bagi, tapi masalah sekarang, atas segala nikmat rezeki kurniaan tuhan,walau hanya sekecil oksigen untuk kekal bernafas, ada kita bersyukur? 

Allahu. 



Sunday, 17 January 2016

POLTERGEIST 2015.

Assalamualaikum dan selamat selamat semuanya.... 

Hari ini aku nak tulis pasal satu cerita ni, rasanya korang semua dah tengok, bukan latest cerita okay, which is POLTERGEIST 2015. wuhuuu... Latest tak latest, 2015 jugak.huhu

Ini sinopsis yang aku copy paste daripada Google :

"All seems well for Eric Bowen (Sam Rockwell), wife Amy (Rosemarie DeWitt) and their three children as they move into their new house in the suburbs of Illinois. Soon, youngest daughter Maddy (Kennedi Clements) begins talking to an imaginary friend, or so the family thinks. It's not long before sinister spirits wreak havoc in the home, holding Maddy captive and forcing the parents to consult a team of parapsychologists who engage the supernatural entities in a battle for the girl's freedom."



Mari aku mudahkan sinopsisnya ok. So, cerita ni berkenaan sebuah keluarga, mak ayah, kakak, adik pompuan dan adik lelaki, berpindah ke sebuah rumah baru yang agak creepy. Then, adik perempuan start bercakap sesorang, adik lelaki then tanya, ko cakap dengan saper. pastu dia cakap kawan dia yang tak nampak. haaa...

After all, mak ayah ada dinner dan tinggalkan mereka bertiga. So, ketika ditinggalkan ini lah, roh2 jahat dekat rumah tu yang tidak tenteram mula kacau mereka bertiga. Tapi paling teruk, adik perempuan telah ditarik ke dimensi lain, maksudnya ke alam roh2 jahat tu la. 

Maka bermula misi menyelamatkan adiknya, dimana mereka berhubung melalui peti televisyen. Keluarga mereka meminta bantuan satu team paranormal yang berteknologi untuk menjejak kembali adik perempuan mereka. 

Well, bagi aku, cerita ni macam tak cukup nak tarik kau supaya rasa takut. patung clown tu sekejap je macam tak berapa ada function untuk menakutkan mereka. Yang bagusnya, hantu-hantu tersebut yang kacau mereka sendiri, so, takdelah bantuan patung dan sebagainya.haha

I'll give 3 stars only. The story could be more exciting, terrible and eery with the others hantu-hantu yang lagi menakutkan. 

That is my point of view. So far, pelakon best, nak nak budak tecik tu. Then, itu jelah. Nak tahu lagi, tengok sendiri walaupun aku dah spoil kan korang. But then, kalau ada yang rasa macam takut22 nak tengok, tak payah takut lah. U can watch it by yourself, trust me.hihihihi (gelak hantu).

Ok all, bye then. jumpa lagi. 


Tuesday, 5 January 2016

Nama aku,Sofia

Assalamualaikum. 

Tak, Sofia tu bukan nama aku. hahaha

Hari tu, aku pergi rumah sorang kawan aku ni, before dia duk pindah rumah sekarang. Dia hanya ada dua beradik so, masa pergi rumah dia aman damai, sunyi sepi. Masa datang rumah dia, kitorang join dia tengok televisyen (tv). Tetiba datang sekor kucing. Cantik. Gebu gebas. 

Kucing tu datang sat je, pastu menghilang. Tetiba kawan aku jerit, Sofia! datang sini! Terkejut aku, seingat aku kakak dia nama lain dan keluarga dia takda nama sofia. Aku cakap, rumah kau ni ada orang lain lagi ke, sepupu? 

Lalu terkedek-kedek sofia ni keluar dan merebahkan bulus gebu gebas dia di peha kawan aku.hurm... Ok, fine.. 

So, kucing kau ni nama Sofea?

-Ha'ah. betina. So, aku letak nama Sofea. 

Tu nama orang kot....  (-..-)

-Tak salah kan. 

Ok, dah. 

Aku tak berapa biasa dengan nama orang letak kat binatang peliharaan. Walau hakikat benda tu sebenarnya tak salah dan xde hall lah.Ali, jimmy, minah,..

Kucing aku kat rumah nama dia ikot warna bulu, Putih, Oren, Kuning, Kelabu tompok putih. hehe

Adios.




Tuesday, 5 May 2015

2015



Bismillahirrahmanirrahim..

MasyaAllah..

The first word yang tersembul. haha. Well lama gila aku tak hupdate ini blog. Ini first entry untuk tahun 2015. Oh My! so whassup dude?

Tahun lepas bulan 12 aku Alhamdulillah sudah berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi. Thanks Allah for the strength and His kindness. My family especially my beloved parent, yang banyak sangat bagi sokongan dalam aku menghabiskan empat tahun degree. Well, aku puas hati dengan diri sendiri, bukan bangga, tapi kalau tak kita nak puji diri sendiri siapa lagi kan? hukhuk

And now aku sekarang sambung master. walawehh, master bakhang. Budak cerdik la ni yer?? idokk ler. Aku paling tak suka orang yang melabelkan manusia sedemikian rupe. Masuk universiti, haaa budak pandai lah ni.. Ohh, kemon lah. Sekarang bebudak masuk universiti dah berlambak, master,phd macam benda biasa sekarang. So, change the mentality ok. We are striving to 2020 now. so what? haha, merapu betul..

Dan moga aku kekal tabah dan sado dalam melayari master aku. Kadarnya 2 tahun, moga dapatlah setahun setengah. Aku daftar awal tahun hari tu, kemain bizi kononnya. sob sobss.

Ok, jumpa next entry. Mucho love. :)