Sunday 26 February 2012

FINAL DESTINATION 5



Assalam..



Sudahkah anda menonton filem FINAL DESTINATION 5? Well, bagi aku lah , cerita ni macam dah hilang arah tujuan, kacau bila, takde point dan kosong. Kalau dibandingkan dengan cerita final destination sebelum ni, aku rase lagi kemas, menakutkan dan betul2 thriller lah.

Cerita bergenre thriller tapi aku rasa semua aksi2 mendebarkan tersebut macam dah boleh agak dan kurang keseraman nya. Nak dibandingkan dengan siri2 lepas, memang aku sampai tutup mata tengok sebab ngeri sangat tapi siri kali ni, aku rase budak darjah satu boleh tengok duduk seat depan sambil makan pop corn.

Well, memasing punya pendapat lah kan. Tapi bagi aku two star je lah kot. Star untuk hardwork diorang, but untuk kengerian, half star. Ok chow!


Wednesday 8 February 2012

VILLA ESCUDERO - FILIPINA

Bila disebut villa, mesti korang akan bayangkan percutian mewah di tempat2 menarik dan memukau pandangan. And yes, memang betul . Di filipina ,terdapat banyak must visit places antaranya VILLA ESCUDERO, adakah ianya sama saje macam keindahan di Malaysia??yeah... maybe.. 


Biasa je kan pemandangannya. MAlaysia pom ade yang lagi super cantik dan menarik. Abis tu,,,tu je kew???



WHAT??? ape ni, mane datang air ni? gempa bumi? tsunami? no no no.. Inilah keistimewaan villa ini dan inilah bezanya dengan tempat2 lain. VILLA ESCUDERO mempunyai sebuah restoran iaitu WATERFALL RESTAURANT. Memang sebijik air terjun lah. korang makan kat bawah, dan tetiba air akan lalu bawah kaki anda.. Marvelous!


Sesiapa yang teringin mengujungi restoran ini anda dinasihatkan jage baik2 selipar/kasut/sandal anda. better kaki ayam je terus..hehe

ADIOS~

Tuesday 7 February 2012

DIGODA DAN TERGODA?!

Assalamualaikum..



Tension betul kan,.. nak study je.. mesti ada makhluk2 yang menganggu dan boleh buat kita lalai. Bukak buku , mata pom yang dari tadi asyik terbukak , terus kelip kelip dan... shut off. Tadi layan movie elok je, bukak buku menguap , mata ngantuk, tenyeh2 ckit, tarik bantal, letak buku atas muka.. tidur.. stylo habesh even nak tidur.


Bila ade assignment... Zaman sekarang opkos mesti taip gune laptop kan. Korang bukak words untuk menaip assignment , bukak mozilla,chromes kononya nak cari isi-isi penting dan sumber2 reference,tapi tab facebook duk berkelip-kelip suruh tekan. Youtube yang biasanya loading cam siput lembap , time buat assignment kemain laju nye. Sebelum ni download lagu ,amek mase 2 hari setengah untutk satu lagu, time buat assignment, 2 minit setengah je.


Tengok.. Nak buat benda baek mesti ada banyak cubaan dan godaaan especially dari setan dan nafsu. So, penjara nafsu, kuatkan iman bagi menongkah arus globalisasi dunia ni.

Senyum :)


Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Hari ini 12 rabiulawal merupakan hari memperingati kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Pada tarikh ini jugak , merupakan tarikh kewafatan nabi. Jadi , kita tidak seharusnya menyambut secara berlebihan dan bersuka ria. 

MArilah sama-sama kita lebih menghayati keperibadian nabi ,akhlak dan sahsiah nabi kita jadikan ikutan dan contoh supaya kita semua menjadi hamba yang selayaknya menerima cinta daripada ALLAH.
Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
 

Friday 3 February 2012

PHOTOGRAPHER'S STYLE






Gambar ni nak menerangkan bahawa everybody has their own style right. Tu belom yang jenis amek dari sudut bawah ,tepi kanan kiri,sambil baring, sambil buat side kick.woo... Well, nak hasil terbaeik , mesti buat yang terbaik kan. 

Tu baru style tukang ambek gambar, belom lagi style yang kene amek gambar. Macam2 gaya. Tunggang tebalik, mulut muncung, kaki kepit, gaya peace gunting. 

Conclusion,,, Manusia ni macam-macam jenis :)


PEACE :)


Wednesday 1 February 2012

MerokOk,.. Best Ke?

Adakah anda tahu tentang ini :

20 minit selepas anda berhenti merokok ,tekanan darah dan denyutan nadi kembali normal

8 jam selepas anda berhenti merokok , kadar oksigen pula kembali ke tahap biasa.

24 jam selepas anda berhenti merokok, karbon monoksida dinyahkan dari tubuh anda,nikotin tidak lagi dapat dikesan dan kemampuan untuk mencium serta merasa menjadi lebih baik.

72 jam selepas anda berhenti merokok, pernafasan menjadi lebih baik dan kadar tenaga meningkat.

5 tahun selepas anda berhenti merokok, risiko terjadinya serangan jantung menurun kepada setengah dibandingkan dengan orang yang masih merokok. 

10 tahun selepas anda berhenti merokok, risiko menderita kanser paru-paru menurun kepada separuh daripada risiko orang yang masih merokok. Kadar risiko diserang penyakit jantung adalah sama sepeti orang yang langsung tidak pernah merokok.

Wahai perokok, Fikir lah. Jika masih mahu merokok, fine,,,teruskan, tapi pastikan orang disekeliling anda tidak mendapat sebarang kesan hasil perbuatan anda..