Sunday 25 November 2012

Cuti sekolah.

Assalamualaikum..

Bangun pagi dikejutkan oleh pak cik ayam. Kokokan ayam bertalu-talu membangun kan jasad di keheningan pagi. Subuh. 

Kebiasaanya, bangun subuh dan terus terkejar-kejar untuk ke sekolah, tapi tidak hari ini. Sebab cuti sekolah dah bermula! oh yeah! 

Dari awal januari hingga ke penghujung tahun, tiap hari akan menyuakan muka ke sekolah. Belajar, exam, homework, kene bebel dengan cikgu, kena denda.

Time cuti sekolah, mesti ingat member2, cikgu2, kantin, tempat lepak, rasa nak pergi sekolah time tu jugak. Biler ingat homework, denda, exam, kalau boleh xnak sekolah da..kan..

So, adik2 sekalian, dan jugak para guru, enjoy you holiday. Selamat beristirehat. Penuhi cuti mu dengan aktiviti berfaedah lagi bermakna. 

Sesungguhnya daku ini sangat jeles kerana diri ini masih bergelumang dengan assignment, dan tunggu mase nak exam, Kepala berat, mata terjerat, hati sendat. huhuhu 

Anyway dear, selamat bercuti semua (^_^)  ! 


Friday 16 November 2012

Free Gaza !

Assalam.

 
 




 


"Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, Tuhan yang segera perhitungan-Nya. Hancurkanlah tentera-tentera bersekutu itu. Ya Allah! Hancurkan mereka dan goncangkan kedudukan mereka." - Riwayat Muslim, 3 :1362.


Tuesday 6 November 2012

Mature.

Assalam..



Hari nie,,dah berpuluh kali aku sebut kat kawan aku, " Mature lah sikit,". Since umur dah 21 tahun tapi kami masih tak tahu mature tu macam  mana.

Aku rasa aku masih kebudakkan. Tapi hakikat aku da besar. Aku tak tahu ke-mature-an diukur dimana. Mungkin kena pakai baju sampai terpesona. Mungkin juga belit tudung 5,6 kali sampai terbina. Mungkin juga cara cakap cun cun gitu. Atau cara jalan kepit-kepit gitu. Atau mungkin pasang pakwe banyak-banyak gitu.

Aku tak tahu.

Aku tengok junior2  semua cun-cun. Jenis melaram. Sana sini mesti nak cantik2. Muka pulak mesti jugak tampal merah hijau kuning. Accesories mesti blink-blink chain sana chain sini. Aku perhati.

Aku tengok diri aku.

Shawl? jauh sekali. Masih berpegang teguh tudung pin kiri dan kanan. Tudung tak pernah duduk elok-elok kat kepala, mesti penyek kiri kanan tengah. Aku selesa. Baju masih repeat baju2 kurung raya. Kalo tak raya, takde baju baru nak pakai.Mungkin cara pemakaian melambangkan kematangan sesorang? Mungkin.

Tapi bagi aku, just jadi diri sendiri. Budak kecik kecik ke, budak besar ke, mature ke or budak2 lagi, angka umur takkan berubah. Terima hakikat andai dah berumur. Bila dah meningkat umur, buat cara seperti umur tersbut, bukan 23 tahun tapi masih peluk bear kesana kemari .

Jadi diri sendiri. Tak payah nak ikut-ikut. Buang karen dan pelik. Proud to be yourself :)