Thursday 14 February 2013

TUhan,tolong jagakan dia.

Kira satu-satu bintang itu...
Banyak..
Boleh gila membilangnya..
Kelip-kelip pancar sinarnya.
Andai mampu ku petik satu..
Akan ku hadiahi pada dia.
Buat teman.
Boleh jadi penerang tika gelap.
Boleh jadi cahaya tika kelam.
Boleh jadi tawa tika duka..
*senyum*
Tapi aku bukan siapa2...
Hanya insan kerdil di bumi fana.
Masih bergantung ihsan tuhan yang esa.
Tiada Dia, aku tiada makna. 
Bawah langit tuhan penuh bintang..
Doaku moga tuhan jagakan engkau.
Terangi jalan kelam mu seperti terangnya bintang gah di sana.
Rahmati kamu seperti suburnya cahaya bintang..
Tuhan.tolong jagakan dia.


Sunday 3 February 2013

Nasi Bujang

Masih ingat lagi seminggu study week pada penghujung bulan 12 tahun 2012. Ingat lagi. Usaha keras untuk belajar sebagai bekalan di medan pertempuran peperiksaan. Orang kate makan minum tidur kesihatan kena jage elok2..Supaya exam nanti bertenaga dan sihat ceria sentiasa.

Aku ingat lagi , tika itu nak jimat duit dengan salah sorang kawan aku. Hujung semester duit semput. Kena jimat. Oleh kerna musim hujan, kebiasaan petang tak makan atau makan-ape-yang-ade aje, tapi hujan menyebabkan kami lapar sentiasa. Stok bekalan jajan kudapan habis dan ada sikit simpan untuk waktu genting sahaja. 

Lalu berjoli ke cafe dan survey ape yang ade+murah+diterima anak tekak. Lalu jumpa satu makanan ini..

nasi bujang.
Nasi bujang namanya. Makan aje mesti bujang trang tang tang. Ok tipu. Nasi bujang ni harganya RM2.50 sahaja. Iaitu nasi putih+telur dadar+tomyam. Sedap hingga menjilat jari. Mungkin lapar. Tiap hari pasti cari. Baru aku tahu macam mana orang ketagih. 

Aku, walau kenyang mesti rasa nak makan nasi bujang ini juga. Salah satu cara juga untuk aku kurangkan streess belajar. Lain orang, lain cara dia nak hilangkan stress. Dan ini cara aku. Makan. 

Kepada yang terliur, maafkan daku. Tapi sumpah tomyam die ala thai super sedap wa cakap lu... 

Assalam. :)