Tuesday 12 April 2016

Ups and Downs

Assalamualaikum..

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Mesti korang dah terbiasa dengan ayat ni kan. Tapi betul lah, kalau nak kejayaan kena ada usaha. Janji tuhan, siapa berusaha akan dapat hasilnya. 

Kebanyakkan orang, hanya nampak senang kita, jadi banyak lah benda yang tak puas hati dan kedengkian, depa tak tahu kita ni dah separuh mati nak berada dalam keadaan senang sekarang, well, taklah senang, tapi Alhamdulillah. 

Kadang-kadang kita tengok seseorang tu, cukup sempurna hidupnya. Dikurniakan fizikal cantik, segak, menarik, akal yang bijak, keluarga yang berada, peluang terbuka sana-sini, itu adalah rezeki mereka. Rezeki kita Allah kurnia dengan cara lain pulak. 

Bukan tugas kita nak mempertikai nikmat yang mahu tuhan bagi, tapi masalah sekarang, atas segala nikmat rezeki kurniaan tuhan,walau hanya sekecil oksigen untuk kekal bernafas, ada kita bersyukur? 

Allahu.