Saturday 19 April 2014

Panik v1


Hari tu aku naik KTM balik kerja. 
Orang ramai. 
Sampai platform, terus semua meluru ke lif. 
Aku juga. 

Berebut masuk lif untuk ke tingkat satu saja. 
Semua mentaliti dan fizikally macam aku, malas nak panjat tangga. 
Dan, sampai tingkat satu, 
Lif berhenti. 

Pintu tertutup. Tekan butang bukak < > pintu.
Masih.
Tertutup.
Terperangkap.
Penuh satu lif.
Panik dalam diam. 

Yang depan tekan dial.
Bagitahu pak guard kami terperangkap. 
Katenya tolak saja pintu dengan tangan.
Cuba. 
Tak boleh bukak.

Oh pintu lutsinar. 
Orang yang luar nak masuk.
Panik tengok kami tergantung begitu.
Oksigen makin kurang.
Panas. 
Panik dalam diam. 

Dalam hidup aku.
Dua kali aku rasa panik terperangkap.
Macam hari ni. 
Cuma dulu penuh emosi.
Menangis tak henti. 

Aku cerita post lain nanti. 
Jangan lupa datang lagi.
Kat sini.




adios. 


Wednesday 16 April 2014

Tutorial Tukar Cursor Blog


     Hello..Haa..nampak tak cursor ribbon pinky aku ni haa.. comey idok.. aku kurang menggemari warna pink dan comel2 ni. Tapi saja nak bagi blog aku ada aura kecomelan sikit.haha. Dan aku rasa sangat kagum dengan kawan-kawan aku yang suka benda2 comel dan sangat obsess pada pink.

     Semua barang kalau boleh nak pink. Meja study balut pink, cadar, botol air, bantal, selipar, tuala dan macam2 lagi. Kalau suke pink mesti pakej dengan hello kitty. Mesti wajib ada barang2 berunsur pink. Jap, korang tau idok pasal history hello kitty? Kalau tak tahu, pergi sini “HELLO KITTY”, take time to baca ok.. hehe.. kot2 ade yang jelesh hello kitty ada pakwe.. mesti tak tau kann….

So kembali pada tujuan asal.. Tutorial tukar cursor blog.

1) Korang pergi mana2 website yang menyajikan free cursor yang comel2 tu. COntohnya :

-          http://www.cursors-4u.com/

    2) Tekan mana2 cursor yang dikehendaki dan site tu akan provide kan html code, copy semuanya…

3)  Dah copy, pergi dashboard - > design -> layout ->Add Gadget - > Add HTML/Javascript. Paste code tadi di situ.

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2008/12/17/cool-blue-outer-glow-pointer.html" target="_blank" title="Cool Blue Outer Glow Pointer"><img src="http://cursors-4u.com/support.gif" border="0" alt="Cool Blue Outer Glow Pointer" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

4) Lepastu, delete code yang tidak diperlukan. Biar jadi camni je tau.

<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur116.cur), progress;}</style>

   5) Save dan lihatlah hasilnya…

   6) Tadaaa….jadi kan. Dinasihatkan ambil cursor yang bukan animated sebab cursor animated hanya cantik2 gerak2 dekat IE sahaja. Tapi dekat browser lain, kaku je..hehe.


    Okay, selamat mencuba u olls.. 


Sunday 13 April 2014

Demand-Jobs in Malaysia

Assalam..

  Pelajar lepasan SPM perlu tahu. Ataupun sekurang-kurangnya ambil cakna. Sebab korang sekarang sibuk nak pilih jurusan pilihan kan. Jadi pastikan pilihan yang di buat sangat tepat dan mejamin masa depan.

  Kekadang, kita ada ijazah , tapi tak dapat kerja, sebab course yang dipilih tidak begitu tinggi permintaannya. Jadi, daripada korang main facebook ker, better bukak a new tab dan cari pasal demand job in Malaysia. Di samping dapat menambah pengetahuan, dapat lah jugak mata untuk laluan masa depan kan. 

  Selain itu, kalau korang ade bukti yang kukuh , andai pilihan korang dipersoal ibu bapa, maka ada bukti untuk meyakinkan. Contoh korang nak masuk bidang teknologi , tapi family suruh masuk bidang kesihatan jadi doctor, pegawai kesihatan dan sebagainya yang korang tak suka, so, buktikan jurusan yang dipilih juga menjanjikan peluang yang luas dan cerah. 

kanokino.blogspot.com


 Gambar  table hijau tu daripada human resource dan jobstreet.com berdasarkan demand di Malaysia. Jadi kita boleh plan, target dan set goals. Tak rugi google2 pasal ni tau. Nanti korang boleh tolong2 kawan2 yang juge masih mencari jurusan sesuai dank orang sendiri dapat tetapkan pendirian ape yang korang rasa bagus dan sesuai dengan minat korang. 

  Yang penting, rajin. Susah dulu awal2 ni nak cari jurusan yang sesuai. Tapi dah korang masuk study nanti… enjoy je la. Student life sangat awesome tau.. 

  Adios .. Salam. 

 sumber :


http://afterschool.my/courses-that-lead-you-to-most-in-demand-jobs-in-malaysia/

Monday 7 April 2014

Tips lepasan SPM (Macam mana nak pilih ni?)

Assalamualaikum.

Masih pada mood lepasan SPM yang mempunyai kecelaruan fikiran dalam menentukan hala tuju. Ye, akak memang over sikit intro. Wat lek wat peace yaw~

Dalam post yang lepas, akak ada cakap pasal  --> Tipslepasan SPM (Nak sambung ape yer?) <-- , jadi dah tahu nak sambung kat mane kan, adik duk terpikir pulak, macam mana nak buat pilihan jurusan atau tempat belajar ni… STRESS~
Cekidout~

Tips lepasan SPM (Macam mana nak pilih ni?)

kanokino.blogspot.com


  1. Tempat
Nak buat sesuatu pilihan tempat sambung belajar, tempat memainkan peranan sebenarnya. Sebab, ada keluarga yang tak berapa yakin nak lepaskan kita yang masih hingusan jauh-jauh. Contoh kalau orang selangor mesti jadikan matrikulasi Selangor sebagai pilihan utama atau asasi UM or UIA. Tak salah yer, dan itu juga benda bagus, sebab in case ade ape-ape, senang nak capai. Mane lah tau homesick ka.. Dan ada juga nak sambung study, pilih2 tempat, contoh, tak nak masuk matrik ni sebab hulu sangat, dalam hutan takde tempat enjoy. Ataupun taknak masuk asasi ni sebab orang cakap asrama lame, barang2 tak elok. Hah, kalau macam ni, tak elok naa pikiran tu, dapat sambung study u should thank Allah for everything sebab di luar sana too much people berhempas pulas nak sambung belajar.

  1. Ibu bapa
Yang ni penting tau, nak jurusan atau tempat nak sambung belajar, sila bincang dulu dengan parents, mak ayah dan keluarga. Sebab kemungkinan mereka ada pilihan yang berdasarkan pengalaman mereka adalah sesuai untuk anak2 nya. Jadi bermesyuarat dan bincang dari hati ke hati. Sama juga dalam memilih jurusan yang di ambil, sila  dapatkan pandangan , pendapat dan nasihat mak ayah abang kakak dan keluarga yang lain. Mereka terlebih dulu merasa alam ini, jadi cedok pengalaman dyorang ok. Kalau ade sesiapa ade abang kakak yang dah masuk universiti, tanya pendapat dyorang tentang pilihan adik2 ok. U must ask them actually since pengalaman ni berbeza dan pendapat ni pelbagai.


  1. Minat
Ini sangat 'common' omputeh cakap, omMelayu cakap 'biasa'. Cliché. Haha. Ok, nak pilih jurusan ape untuk sambung nanti,ok macam biasa cikgu2 cakap, kaunselor cakap, ceramah itu ini cakap, MINAT. Itu je. Ikut minat adik2. Ini sangat penting ok. Jangan sangat mengikut orang. Ikot cakap mak ayah, ikot kawan-kawan. NO. Ikot kate hati adik-adik sendiri sebab adik-adik yang nak belajar , dan itu masa depan adik-adik. Tepuk dada tanya hati. Ada segelintir ibu bapa yang berkeras menentukan masa depan anak-anak. Kalau adik2 jenis OK je., then ok. Tapi in case adik-adik ade minat sendiri, dan tak suka dengan jurusan yang dipilih, bincang dari hati ke hati, bagitau what you want, likes and dislikes.. It is a must. Talk your heart to them. InsyaAllah they will listen. Mak ayah ni, buat ape pon, tujuan satu je, nak berjayakan anak2, nak bahagiakan anak2, nak tengok anak besar nanti berjaya dan berguna. 

 4. Pasaran Kerja
Dalam korang duk kaji-kaji minat ape nak diceburi atau mengenali sendiri tentang potensi minat ke arah bidang mane… korang kena tahu jugak pasaran kerja sekarang.. Jangan main redah aje nak amek kursus ape, pastu nanti dah habis belajar, nak kerja tapi takde kerja sebab permintaan kerja yang berkaitan course korang kurang. Jadi, kalau baru lagi nak develop minat tu, elok la cari sesuatu yang high demand especially in Malaysia. Kalau nak cari kerja kat luar negara, it is your choice. Cuma mesti tahu kemampuan memasing tau.

kanokino.blogpsot.com

Ok, rasenya tu je lah tips yang tak berapa ringkas. Ingat adik2, pilihan di tangan adik. Kat mana pon adik sambung, jurusan ape pon, itu adalah ilmu. Dan orang yang menuntut ilmu,adalah orang yang berjihad dijalan-NYA. InsyaAllah.

Adios, salam :)

Wednesday 2 April 2014

PATaH

kanokino.blogspot.com


     Mungkin dengan cara kau hancurkan hati orang-orang sekeliling kau, kau mampu hidup gembira. Teruskan. Mungkin itu dah gaya kau. Patah-patahkan hati orang. Hancur lumatkan hati orang. Dah memang kau dilahir begitu, ape boleh buat.

     Tapi ingat, orang yang kau patah remukkan itu, makin kau patah remuk makin kuat dan tabah. Teguh diri macam piramid pasak di bumi. Kau boleh buat macam-macam. Patah hati orang kau rasa lagi bahagia. Ye, teruskan. Sebab hukum karma ada. What goes araound comes around.

kanokino.blogpsot,com


     Ingat. Kalau bukan kau yang kena patah remuk hati, keturunan kau mungkin. Jadi jangan nak cari pasal lagi. Bahagialah kau dengan apa yang kau ade. Tak perlu susah kan diri main patah-patah hati manusia yang dah memang rapuh. Jangan.