Assalamualaikum.
Masih pada mood
lepasan SPM yang mempunyai kecelaruan fikiran dalam menentukan hala tuju. Ye,
akak memang over sikit intro. Wat lek wat peace yaw~
Dalam post yang
lepas, akak ada cakap pasal --> Tipslepasan SPM (Nak sambung ape yer?) <-- , jadi dah tahu nak sambung kat mane
kan, adik duk terpikir pulak, macam mana nak buat pilihan jurusan atau tempat
belajar ni… STRESS~
Cekidout~
Tips lepasan SPM
(Macam mana nak pilih ni?)
- Tempat
Nak
buat sesuatu pilihan tempat sambung belajar, tempat memainkan peranan
sebenarnya. Sebab, ada keluarga yang tak berapa yakin nak lepaskan kita yang
masih hingusan jauh-jauh. Contoh kalau orang selangor mesti jadikan matrikulasi
Selangor sebagai pilihan utama atau asasi UM or UIA. Tak salah yer, dan itu
juga benda bagus, sebab in case ade ape-ape, senang nak capai. Mane lah tau
homesick ka.. Dan ada juga nak sambung study, pilih2 tempat, contoh, tak nak
masuk matrik ni sebab hulu sangat, dalam hutan takde tempat enjoy. Ataupun
taknak masuk asasi ni sebab orang cakap asrama lame, barang2 tak elok. Hah,
kalau macam ni, tak elok naa pikiran tu, dapat sambung study u should thank
Allah for everything sebab di luar sana too much people berhempas pulas nak
sambung belajar.
- Ibu bapa
Yang
ni penting tau, nak jurusan atau tempat nak sambung belajar, sila bincang dulu
dengan parents, mak ayah dan keluarga. Sebab kemungkinan mereka ada pilihan
yang berdasarkan pengalaman mereka adalah sesuai untuk anak2 nya. Jadi
bermesyuarat dan bincang dari hati ke hati. Sama juga dalam memilih jurusan
yang di ambil, sila dapatkan pandangan ,
pendapat dan nasihat mak ayah abang kakak dan keluarga yang lain. Mereka
terlebih dulu merasa alam ini, jadi cedok pengalaman dyorang ok. Kalau ade
sesiapa ade abang kakak yang dah masuk universiti, tanya pendapat dyorang
tentang pilihan adik2 ok. U must ask them actually since pengalaman ni berbeza
dan pendapat ni pelbagai.
- Minat
Ini
sangat 'common' omputeh cakap, omMelayu cakap 'biasa'. Cliché. Haha. Ok, nak
pilih jurusan ape untuk sambung nanti,ok macam biasa cikgu2 cakap, kaunselor
cakap, ceramah itu ini cakap, MINAT. Itu je. Ikut minat adik2. Ini sangat
penting ok. Jangan sangat mengikut orang. Ikot cakap mak ayah, ikot
kawan-kawan. NO. Ikot kate hati adik-adik sendiri sebab adik-adik yang nak
belajar , dan itu masa depan adik-adik. Tepuk dada tanya hati. Ada segelintir
ibu bapa yang berkeras menentukan masa depan anak-anak. Kalau adik2 jenis OK
je., then ok. Tapi in case adik-adik ade minat sendiri, dan tak suka dengan
jurusan yang dipilih, bincang dari hati ke hati, bagitau what you want, likes
and dislikes.. It is a must. Talk your heart to them. InsyaAllah they will listen.
Mak ayah ni, buat ape pon, tujuan satu je, nak berjayakan anak2, nak bahagiakan
anak2, nak tengok anak besar nanti berjaya dan berguna.
4. Pasaran Kerja
Dalam
korang duk kaji-kaji minat ape nak diceburi atau mengenali sendiri tentang
potensi minat ke arah bidang mane… korang kena tahu jugak pasaran kerja
sekarang.. Jangan main redah aje nak amek kursus ape, pastu nanti dah habis
belajar, nak kerja tapi takde kerja sebab permintaan kerja yang berkaitan
course korang kurang. Jadi, kalau baru lagi nak develop minat tu, elok la cari
sesuatu yang high demand especially in Malaysia. Kalau nak cari kerja kat luar
negara, it is your choice. Cuma mesti tahu kemampuan memasing tau.
Ok, rasenya tu je
lah tips yang tak berapa ringkas. Ingat adik2, pilihan di tangan
adik. Kat mana pon adik sambung, jurusan ape pon, itu adalah ilmu. Dan orang
yang menuntut ilmu,adalah orang yang berjihad dijalan-NYA. InsyaAllah.
Adios, salam :)
No comments:
Post a Comment