Thursday 23 August 2012

kerana MARUAHmu begitu berharga!


MALUmu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh 'merampasnya'
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri...

KETEGASANmu umpama benteng negara dan agama

Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya.......




Renungan buat sang puteri: kerana MARUAHmu begitu berharga!


Tuesday 14 August 2012

Resipi Pancake


Cuti-cuti nie, takde kijo laen dah, makan tidur makan tidur, agak-agak kalau boleh jual lemak yang aku duk ternak nie, agak2 boleh kaya gamaknya. Saudagar penternak lemak,, wahh... glemer u'olls, kelassss gitu namanya haaa...

Dah nak ternak lemak tu kan, kena lah rajen, ye dak? so hari ini tuan puan adik maniss sekalian, aku nak shared a very simple dimple resipi yang aku masak bagi mengaktifkan lemak2 di badan supaya dapat dijual dan kayo eden ni ha.. hehehe...

PANCAKE 
Bahan2:
Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu
Bahan B
Susu 1 cawan (fresh milk boleh,susu cair pom boleh)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)
Cara-cara:
1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan
2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas
3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!
4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.
5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Jangan tebal-tebal sangat, karang tak masak dalam tu haa..
5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh.Ikut kreativiti anda dan kesedapan masing2 ok.
Done ! senang macam makan kacang goreng je. Boleh buat brekfess, or makan petang. Ha'aaahh, dah buat tu, boleh la feeeling ala-ala cerita korean kan, kalau tengok cerita korea mesti ada part makan pancake gitu... kelass ko jah...

Ok bye semua.. selamat mencuba :)

buat berbuka puasa pom sodap ni :)


Monday 6 August 2012

BAtal Puasa!



Pada suatu petang yang hening, Kamal Kamil bersiap-siap untuk berbuka dengan semangkuk nasi air dan milo ais. Bagi mendapatkan pahala sunat, Kamal Kamil pabila terdengar Tok bilal azan, terus berbuka puasa. Tapi hakikat sebenar.. Tok bilal saja nak test microphone dulu sementara tunggu masuk waktu. hahaha

Korang pernah kena tak ?