Monday 31 March 2014

Tips Lepasan SPM (NAK SAMBUNG APE YER?)


               Assalamualaikum. Moga hari ini setiasa indah menyinar bak mentari. Haa.. Intro gitu sekali sekala bangkitkan mood. Hehe

                So, kembali pada tajuk asal, tips tips gitu kau haa.. Tips lepasan Spm. Keputusan SPM 2013 dah di umumkan so mesti adik-adik dah mula sibuk nak isi upu,matrik,asasi dan sebagainya kan. Dan ada juga masih tercari-cari nak isi ape, nak bidang ape, nak fokus ape. Susah? Yes, susah. Pening kepala wooo dup dap jantung serabut fikiran duk isi. 

kanokino.blogspot.com

                 Well, aku ehem...akak lah kan, sopan. Ehem. Akak sekarang sedang praktikal untuk menghabiskan sisa semester 8 untuk program ijazah. Gitu. So, akak rasa better lah akak menafaatkan sikit ruangan blog ni dengan pengalaman akak. Jadi, kot-kot boleh terbuka sikit minda adik2, since akak pon ade sorang adek lepasan SPM dan kita ni dah macam ape da, membebel  itu ini, for a better future. Mungkin adik2 yang takde saper nak membebel, hah, meh sini akak bebelkan ok. So lets rock and roll ~

Untuk tips pertama , akak nak bagitau sikit-sikit yang akak tahu tentang, NAK SAMBUNG APE  YER?

  1. Tingkatan Enam
                 Ok,SPM leavers yang  kalau dyorang dapat result yang kurengg sikit mase SPM mesti dyorang akan sambung STPM iaitu tingkatan enam. Why? Sebab dyorang mahukan result gempak untuk masuk universiti so that, dyorang dapat pilih course yang dikehendaki. Jadi kiranya nak tebus balik kesalahan yang berlaku. Dan ada jugak yang mahu masuk tingkatan 6 sebab tak habis lagi mood sekolahnya since tingkatan 6 atas dan bawah masih pakai baju sekolah pergi kelas. Tapi kalau matrik,asasi, just pakai formal. Kalau masuk tingkatan 6, hanya 2 tahun untuk belajar, dan terus masuk universiti untuk ijazah.

  1. Asasi
               Tak semua universiti tawarkan asasi yer adik2. Dan kalau universiti tu ada tawarkan, hanya untuk jurusan(course) tertentu sahaja. Jadi tak banyak pilihan. Contohnya, asasi sains UITM, asasi UIA, asasi UM, dan ape yang pelik tentang asasi compare dengan lain2.? Korang akan diserap terus kalau perform lah kan, ke universiti tersebut, contohnya, dapat asasi UIA setahun, then , untuk degree akan sambung terus ke UIA, jadi tak perlu pening2 nak fikir nak sambung degreee kat mana pulak kan. Untuk masuk asasi agak susah sebab result memainkan peranan.

  1. Matrikulasi
                 Ok, yang ni akak suka sebab akak bekas pelajar matrikulasi. Haa, matrikulasi ni, orang selalu momokkan kan dengan perkataan "susah". Well, yer, memang susah, sebab korang akan full time macam g sekolah dari pagi ke petang pergi kelas,tutorial, lab dan sebagainya. Lepas tu dengan kuiz, mid term test dan sebagainya. Very havoc and extremely hectic. Matrikulasi ade dua jenis iaitu  program se tahun dan dua tahun. In case result korang gempak bak hanng,adik2 akan ditawarkan matrik setahun. Dan adik2 akan belajar setahun dengan sepulun-pulun nya. But believe  me, it is fun! Dan jenis satu lagi, dua tahun, ni kalau result tak berapa nak ok,contoh 3,4 A, mungkin dapat yang 2 tahun ni. Tak banyak beza dengan pembelajaran se tahun, tapi 2 tahun ni lagi relax. Korang kenal2 dulu dengan subjek,persekitan masa tahun pertama, dan tahun kedua, korang akan pulun macam orang matrik setahun. Ada paham? In case, korang dapat matrik setahun, rasa takleh kejar,semput nafas, dibenarkan untuk tukar ke program dua tahun tau. Just keep asking to the lecturer there and don’t SHY!

Haa nampak, sebut matrik ter over sebab excited . Maybe nanti nak buat post khas cerita pasal matrik yang akak masuk . Matrik mane?? Tunggu.. Stay tune for the next post ok!

  1. Diploma
                Kalau adik2 nak masuk diploma, pon bagus. Takde yang tak bagus, semua bagus2 IF adik2 tak main2 dan serius belajar. Diploma ni, kira adik umur 18 tahun dah masuk universitiiii..fuhh… lepas SPM terus masuk U, tak ke hebat tuh…. oK, over pulak aku ni!. Yang, ni nak masuk diploma, adik2 mesti dah tahu betul2 minat adik2. Ape adik nak ceburi, apa di sukai, di minati. Kenapa? Sebab, contoh adik ambil diploma finance, untuk degree adik mesti pilih jurusan atau course yang berkaitan dengan finance sahaja seperti accounting dan sebagainya, nak jump kepada jurusan nursing contohnya memang tak boleh dah.. So, know what you really want. Diploma ni kebiasaanya tiga tahun. Tapi nanti kalau degree 4 tahun, mungkin adik2 dapat buat 2 tahun sahaja. Itu kelebihanya. Dan adik2 dah awal2 terdedah dengan persekitan universiti dan kaedah pembelajaran yang agak tidak berapa sama dengan STPM,matrik dan asasi.

  1. Cikgu
                 Yang ni bagus. Kawan-kawan akak banyak sambung cikgu, iaitu maktab perguruan. Kalau adik minat nak jadi cikgu, then adik2 patut isi dan masuk kat sini. Banyak major yang adik-adik boleh ppilih contohnya sains sukan, mathematics dan sebagainya. Bestnya, dalam korang belajar teori, nanti akan didedahkan juga untuk mengajar real di sekolah. Alaa, macam adik-adik kecik2 ade cikgu pratikal muda2 hensem n cantik, pastu adik tergedik2 sana sini. Pastu kena buat2 angkat tangan jawab soalan, pastu nanti kat belakang ada cikgu perhati, pastu cikgu praktikal bagi hadiah kalau dapat jawab soalan. Hahh..macam tu lah nanti korang kalau amek bidang ni ok. Bulan-bulan akan dapat elaun macam gaji ar, tu yang best, takde terikat dengan hutang ptptn dan sebgainya. Best kan, pastu dah habis da terus kije sebagainya cikgu, clear matlamat dan tujuan tu kan..

  1. SPA
                Ade jugak lepasan SPM , nak hidup terjamin dan senang , mohon SPA dalam pelbagai bidang contohnya nursing, fisioterapi, farmasi dan sebagainya. Nanti korang akan belajar diploma tiga tahun, support by kerajaan, jadi takyah pikir hutang, korang belajar dan enjoy je, dah habis akan terus masuk kerja kerajaan. Ini memang bagus tau.. Kalau adik2 aim untuk kerja terus dengan kerajaan, elok apply SPA ok. Nanti akan ada temuduga , if berjaya , adik2 akan ditempatkan dimana2 cawangn SPA contohnya Hospital Kubang kerian, Hospital Sungai Buloh dan sebagainya.

  1. A-level
                 Ni untuk pelajar2 pintar. Program persediaan untuk ke luar negara. Sambung belajar obersea gitu you. So, akak takde tahu banyak sangat, tapi korang result gempak habis, straight A's insyaAllah, akan ditawarkan program persediaaan ni. Biasanya, adik2 akan belajar bahasa dan intro sikit pasal course yang ditawarkan pada adik2.

                  Jadi, rasanya itulah perkongsian akak. Jika ada kenyataan tak betul, sila betulkan akak yer. Buat pilihan yang bijak sebab inilah yang akan menentukan siapa adik nanti. Dan masa hadapan adik2 terletak pada tangan adik sekarang. Fikir masak-masak dan pastikan pilihan yang adik buat menepati citarasa adik dan adik dapat belajar dengan selesa dan get a good result.

                  Anything kalau ada musykil, ade rasa ragu-ragu, adik boleh komen dan InsyaAllah, akak akan cuba jawab based on pengetahuan dan pengalaman akak ok. Dan kalau ade2 sesaper nak berkongsi juga, do leave comment. It is a pleasure.. Ok, jumpa post seterusnya. Adios. Salam :)

kanokino.blogspot.com


Thursday 20 March 2014

CELA

Aku mula rasa skeptikal terhadap orang sekeliling. Skeptic (ragu-ragu) mula aku rasa bila aku di ofis terdengar orang ini cakap pasal orang ini dan orang itu cakap pasal orang itu.

Bagi aku tiada orang sempurna. Perfect mane mesti ade jugak lompang mane-mane.Jadi bila aku dengar orang ni cakap memburukkan seseorang, aku terpikir, hidup dia perfect sangat ke. takde cacat cela ke. 
 
 

Aku kalau boleh, akan hindar manusia yang suka cari silap orang dan jaja. Sebab aku rasa, nanti giliran aku pon tiba. Giliran kau di cacat cela. Yang omongannya kita tak tahu betul tidak, fakta or auta.

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Deep.
Kita tutup aib orang, InsyaAllah Allah tutup aib kita jugak.
Dalam kita menjaja, fikirlah , ape perasaan kita kalau orang lain cakap pasal kita.
Dalam kita mencacat cela orang, fikirlah dosa berhimpun kita.

Bukan cakap jer, menulis pon sama. Jangan nak susah cari cela orang semata nak sedapkan cakap or tulis kita. Tak perlu. 
 
kanokino.blogspot.com
 

Tuesday 18 March 2014

Pray For MH370

kanokino.blogspot.com


Salam. Malaysia tanah tumpah darahku menjadi tumpuan mata dunia. Sejak kehilangan pesawat MAS MH370, yang sehingga minggu kedua masih hilang misteri, banyak spekulasi digemburkan. 

Menjadi antara rakyat yang menghuni negara ni, sangat terharu dengan keprihatinan negara lain, dan sedih juga dengan lemparan kata yang tidak enak di baca dan menyentap hati. 

kanokino.blogspot.com 

Di mana pon anda semua, kami disini sentiasa mendoakan keselamatan anda. Tak pernah kenal , tapi kami prihatin. Kami menunggu. Pulanglah. 

 Dekat ofis aku, start hari pertama kehilangan, sesama kami akan update berita2 terbaru dan menunggu press conference.. Bukan kami. Dyorang. Sebab aku baru lagi dekat kompeni ni.. Haa nampak tak betapa aku tak updatenya kehidupan aku kat blog ni.hahaha. Well, nanti aku story mory tentang praktikal day aku yer. 

Miss u my blog. xoxo :)

Keep Praying for them. We are waiting. balik lah. :(