Tuesday 25 June 2013

Cuti

     Aku dah habis exam. Penat lelah dah berakhir. Dan officially aku dah tamat semester 2 tahun 3 . Yes, tahun 3. Dan sem depan adalah tahun 4 dan tahun terakhir aku di bumi UniSZA. Kejap aje. Pejam celik mase berjalan. And Soon my senior year. 

      Sebut senior dah rasa mula berlagak riak di situ kan. Well, sape tak teringin kan nak jadi senior. Nak jadi semua orang segani dan hormati, sape taknak kan.hahaha. 

     Habis exam, start cuti, tapi not my class, Since kami ade 2 weeks program dengan 3P (Prestariang). At first, excited arr jugak nak pergi belajar ilmu baru since exam baru abis. Tapi today, kelas ke-tiga.. sangat penat. Kelas FULL dari 9 pagi hingga 5 ptg. Aku lagi prefer kelas2 waktu beljar biasa yang kekadang gap panjang giler dan kadang-kadang kelas start petang. But not this course. I have 10 more days, and it is like.....erghh... but then, i have no choices. Just try to create an enjoyment environment la.huhu

     Well, i guess ramai sedang bercuti semester panjang kan. Selamat bercuti my dear.. Have a nice holiday. Have fun :)

Adios ^_^



Sunday 16 June 2013

Genius

     Aku sangat pelik dengan manusia yang mengaku dirinya genius, pandai, cerdik , bijak dan sebagainya. Sedangkan ilmu kita diibaratkan seluas lautan, celup sebatang jari, air yang lekat kat jari tu la ilmu yang kita ada. Tu kalo air tu lekat la..

      So, kenapa perlu kita mendabik dada bila kita rasa teror hebat dan sebagainya. Contoh, kau dekat universiti ambik bidang bioteknologi, memang tiap-tiap sem dapat best student, Setakat nak pointer 3.8 , 3.9 or 4.0 tu,,, macam celah gigi je. Tutup mata pon boleh buat. Tapi kalau bagi soklan pasal engineering, kau boleh jawab kah? As a best student,, boleh ke majoring bioteknologi nak jawab engineering? 

      Ok, let  say, kau ni memang genius ar. Betul-betul genius , sains semua kau tahu. Alaa, takat biologi,kimia dan fizik , senang sangat-sangat ar.. Tapi banyak masa kau fokus pada ilmu dunia, bila tanya ilmu tauhid,akidah , ibadah sebagainya, kau angkat bendera putih surrender. 

     Konklusinya, kita toksah sombong lah kalo hebat sikit dari kawan kita. Kawan pointer kurang dari kita, terus kita cakap kawan kita tu lembap bodoh dan sebagainya. Totally salah. Kat dunia nie, ilmu itu cabangnya luass..

     Kau jahit baju, basuh baju, basuh kasut sekolah pon perlukan ilmu. Dari sekecil benda hingga sebesar benda, semuanya ilmu. Even kau nak makan pon perlukan ilmu. Nak makan guna pinggan or cawan.? Kalau makanan dah berbau , rosak, boleh makan lagi ke tak,. Itu semua perlukan ilmu..

     Dari banyak cabang... Kalau kita bersatu maka lahirlah organisasi kukuh yang berilmu. Contoh saja kat sekolah kau kan. Ada cikgu pendidikan jasmani, ustazah, teacher, masiing-masing specific bidang memasing. 

     Oleh yang demikian, even pointer kau tinggi, even kau best studet, even kau genius, even kau ape skali pon,, ingat..ilmu ini luas. Seluas lautan samudera terbentang.. 


Adios :)

Wednesday 12 June 2013

Kawan Vs Cinta

     Aku kenal kau. Lagi awal dari dia kenal kau. Aku rapat dengan kau. Tukar-tukar cerita. Course kita lain lain, jadi banyak cerita kita bicara. Ade yang lawak sedih dan bengong pon ada. 

     Kita jumpa bukan selalu, tunggu ada meeting, baru kita jumpa. Mesej pon kadang-kadang yang penting saja. Sebab tak reti nak mesej berpanjangan. Jumpa lagi syok, boleh gelak sesama , boleh tengok mata ke mata bila bicara tentang serius.

     Tapi , dia muncul akhirnya. Aku tak kata dia rampas kau dari aku. Kau berhak ke atas hidup kau. Kau boleh buat sesuka hati kau. Hidup kau. Cuma kadang-kadang , bila kau mula pinggir persahabatan, aku mula rasa jauh.

     Aku suka kau. Aku takkan suka kau lebih dari kawan, sebab aku dah rase selesa macam kita satu keluarga. Kita rapat macam keluarga. Hadirnya dia, aku nampak kau lain. AKu boleh baca gerak geri kau walau kau nafi kau tak suka dia. Kau cakap kau pon kawan saje dengan dia, tolong, jangan tipu aku. Aku boleh baca kau. 

Aku tahu mustahil kau bace ni, haha

     Tapi , jujur, aku dengki,jeles. Bila kau dah mula lebihkan dia. Bila kau dah mula lupa akan kita. Aku tahu aku bukan sape-saper dalam hidup kau. Tapi kalau kau ade masalah dengan dia, jangan cari aku. Sebab aku tak sanggup dengar kau cerita pasal dia dan kau. 

     Kau cakap kau suka dia macam kawan saje. Tapi tiap malam kau keluar makan sama. Kau banyak tipu aku pasal hubungan kau dan dia. Tapi kau sendiri bukak rahsia tipu kau. Tapi aku buat selamber saje. Takut nanti kau terasa. 

     Buat kau, jangan lupa persahabatan kita. Andai dia jodoh kau, aku doakan kau bahagia. Andai kau tak lama dengan dia, andai kau putus kasih dengan dia, takpe..aku ade nak pinjam telinga dengar masalah kau. 

Buat kau. jangan lupa aku. tu je.. 


Tuesday 11 June 2013

Perempuan mahal

     


     Kita perempuan, biar mahal. Malu aku tengok yang desperate sangat nak ada lelaki dalam hidup dia. Malu. Sampai maruah kau sanggup bagi, kau sanggup lanyak macam kain buruk,maruah kau sanggup gadai buat jualan murah-murah.,

     Kau di hantar belajar jauh-jauh. Moga kau penuhkan ilmu di dada dengan pengalaman dan pendidikan. Tapi apa kau buat? Bergelak tawa, bertepuk tampar, ringan-ringan dengan lelaki , katanya mau tunjuk setia sampai bawa ke tempat tidur, SETIA katanya. pe jadahnya..

     Katanya , ada lelaki ni bukan saja-saja. Pelengkap hidup. Mahu study semangat berkobar. Ada yang merangsang katanya. Meransang minat pada buku nota. Aku rasa merangsang pada yang lain bila kau berdua. Duduk jauh terperuk tersorok tercorok, study tempat sunyi baru masuk katanya. Mahu kata bodoh tapi kau masuk universiti. Jadi kau letak otak kau kat mana agaknya?

     Bila katanya cinta yang utama, apa-apa kau buat kau agungkan cinta. Kau agungkan jantan betina. Kau rasa hidup kau bahagia dan cukup dengan ada pasangan masing-masing. Kau rasa syurga sentiasa. Tapi kau lupa kau sedangkan dekatka diri pada neraka. Kau sedarkah?

     Cuba kau fikir sekejap. Ya, sekejap saja. Mak bapak kau bukan main kepalang sukanya dapat tahu kau dapat universiti. Susah payah sedia keperluan kau. Hantar pandu kau jauh-jauh. Tinggal kau kat asrama. Hati mak bapak mula gundah gelana, teringat kat kau. Harap mereka kau mampu berdikari bila berenggang jauh. HArap kau dapat belajar sehabis baik, gapai cita-cita kau biar manfaat dunia akhirat.

Tapi apa kau buat sekarang?

Penuhkan nafsu serakah saja. 

     Kalau kau masih seorang, single bahasa sedapnya, kau toksah sibuk cari pasangan ke hape. Kau rasa sedia kahwin, then, kau cari, kau kahwin. Kalau kau rase bukan masa kau bina masjid, kau simpan niat kau elok-elok. Kau yakin saja, Ya, yakin, jodoh kau dah ada, cuma belum masa dia. Jadi buat apa kau buang masa tambah dosa dengan berpacaran tika masanya tak cocok? kenapa?

Kau tak kesian mak bapak kau kah? 

Kau sanggup tengok harapan mereka berkecai begitu saja kah?

     Kalau kau sudah jauh menyimpang, kembali lah kejalan lurus, ramai akan pimpin kau. Tapi yang utama, pimpin diri kau sendiri dulu.

     Kalau kau baru breakup, putus,clash itu satu tanda bagus. Tanda yang Allah sayang kau. Allah nak tarik kau dari lembah hina. Kau tahu? Jadi ambik masa suburkan cinta pada-Nya. Cinta agung hakiki tiada tandingannya. 

     Rasa sampai sini saja, peringatan untuk kamu dan aku dan semua. Moga cinta kita padanya mekar bak bunga di siram air di bawah mentari.

Sampai sini saja. Salam.


Friday 7 June 2013

Motivasi pagi

     Morning peeps ! Just one more day to final exam.. Hoping that i can do the best, Insya Allah. Doakan saya :)


     Semua orang ade cita-cita,dreams,wishes masing-masing. Tapi tak semua orang kejar cita-cintanya, hanya biar ianya sekadar dreams sahaja. Tak salah kita set a dream. But please work for it.

      Tak semua cita-cita yang kita set akan kita gapai. Set dari kecik lagi nak jadi pilot, dah besar jadi askar, dari kecik nak jadi miss universe, dah besar accident muka senget. 

       Kita semua merancang. Kita boleh merancang. Kita dibenarkan merancang. Kita usaha sungguh-sngguh untuk gapai peluk ketat-ketat tapi kita jangan lupa, Allah juga merancang. 
Kita merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik-baik perancang. Ingat tu.

       It means you are dead! if there are no ups and down. So, kalau anda berada di bawah, zaman kegelapan, lost, down,confused, lost soul, rilex bebeh. semua orang pernah lalui, cume berbeza antara kita. Semua orang akan rasa kejatuhan tersebut,tapi once da jatuh, bangun lah.. Usaha, dan usaha supaya dapat berada di atas pula..

Exam,Study.! All The best kepada student university yg in exam mode, ALL THE BEST! FIGHTING!!

Thursday 6 June 2013

SESAT

     Exam hari ahad ni. Tapi sebabkan seminggu study week digunapakai untuk siapkan assignment dan presentation, langsung terus mood study tak datang. Jenguk2 je.. Oh please...come to me....

     Well, tajuk berkenaan sesat. Yes. Aku tersenyum-senyum apablia melihat pelajar2 baru ibarat rusa masuk kampung. Aku yakin dan pasti bahawasanya mereka semua sesat dan tidak tahu di mana arah tuju kelas mereka. 

     Dalam jadual, nama kelas dan bilik kuliah di short form kan sahaja. Itu la yang duk sesat melilau sana sini. Aku pernah jadi budak baru. Pernah sesat, selalu tebalkan muka tanya student sekeliling tempat tu kat mana. Aku pernah. Jadi aku tahu perasaan tu..haha

      So, what to do? do research. Ada facebook kan sekarang ni, join group student universiti tersebut dan rajin2 bertanya perihal jadual, tempat dan sebagainya. Dulu aku nak tengok jadual pon terkial-kial. Even habis semester satu pon aku masih konpius JAM KREDIT tu ape.. 

     Malu sekarang takpe. Nanti senang kemudian hari. Yang penting jadi budak baru jangan sombong. Senyum je. Rendah diri. Baru orang suka :)

Ok. Jom study! STUDY HARD, PRAY HARDER !


Monday 3 June 2013

Selamat Datang Ke UniSZA

    
      Hari ni di study week yang aman damai ini, aku terserempak satu barisan pelajar yang jalannya berbaris menjelajahi bangunan2 untuk sesi kenal-kenal.

     Oh, pendaftaran baru budak diploma. Selamat datang adik-adik. Semua muda-muda lagi ni lepasan SPM. Tahniah kat korang semua sebab berjaya mencecah kaki ke menara gading. Dan SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UniSZA). 

     Memang universiti ni tak gah grand tersohor seperti UKM,UM,UPM. But believe me, one day adik-adik akan terbit rasa bangga di hati. Just tunggu dan lihat.

     Sebut adik-adik ni, aku dah mula rasa tua. Yep, nak ikutkan, paling senior adelah batch aku. Well, behave adik-adik. Nanti senior-senior buli kang.hahaha

     One thing, orientasi zaman sekarang laen. Dulu kena tengking,marah,makan ati ulam jantung itu biasa. Tapi sekarang orientasi sangat lemah lembut. Jadi jangan nak cakap penat lah wahai freshie, kami senior orientasi dulu bukan main teruk lagi dari korang.hahaha

     Ok, All the best freshie. Make your parents proud. Tyme blaja serius,tyme santai,enjoy la..Ok dear, welcome and have a great day ahead freshie :)


Entry pertama-MULA


Lame aku tinggal. Bersawang sudah belog aku. Adik aku cakap belog aku borink giler .yes,i admit it. Aku lame tak menaip kat laman nie. Rase macam lost. Dulu aku ade blog, aku remove dan aku buat yang baru ni. Dengan harapan semangat juang akan kembali. Tapi, hampeh jugak. Aku bior aje bersawang mess messy. 

So, hari ni, detik ini, aku cuba menaip kembali.Walau aku tahu siapa ntah nak bace bebelan aku ni.hehe At least biler ade yang tak tersengaja link ke blog ni, mereka tahu bahawasanya belog ni masih bernafas. Dan...terima kasih kat awka...ye awak yang sedang baca bait2 kata saya ni..awak laa... terima kasih sudi datang sini, jenguk sini, jeling sini. Lain kali datang lagi hokey! 

Sekian untuk entry pertama selepas semangat kembali pulih..bhahaha :)