Sunday, 16 June 2013

Genius

     Aku sangat pelik dengan manusia yang mengaku dirinya genius, pandai, cerdik , bijak dan sebagainya. Sedangkan ilmu kita diibaratkan seluas lautan, celup sebatang jari, air yang lekat kat jari tu la ilmu yang kita ada. Tu kalo air tu lekat la..

      So, kenapa perlu kita mendabik dada bila kita rasa teror hebat dan sebagainya. Contoh, kau dekat universiti ambik bidang bioteknologi, memang tiap-tiap sem dapat best student, Setakat nak pointer 3.8 , 3.9 or 4.0 tu,,, macam celah gigi je. Tutup mata pon boleh buat. Tapi kalau bagi soklan pasal engineering, kau boleh jawab kah? As a best student,, boleh ke majoring bioteknologi nak jawab engineering? 

      Ok, let  say, kau ni memang genius ar. Betul-betul genius , sains semua kau tahu. Alaa, takat biologi,kimia dan fizik , senang sangat-sangat ar.. Tapi banyak masa kau fokus pada ilmu dunia, bila tanya ilmu tauhid,akidah , ibadah sebagainya, kau angkat bendera putih surrender. 

     Konklusinya, kita toksah sombong lah kalo hebat sikit dari kawan kita. Kawan pointer kurang dari kita, terus kita cakap kawan kita tu lembap bodoh dan sebagainya. Totally salah. Kat dunia nie, ilmu itu cabangnya luass..

     Kau jahit baju, basuh baju, basuh kasut sekolah pon perlukan ilmu. Dari sekecil benda hingga sebesar benda, semuanya ilmu. Even kau nak makan pon perlukan ilmu. Nak makan guna pinggan or cawan.? Kalau makanan dah berbau , rosak, boleh makan lagi ke tak,. Itu semua perlukan ilmu..

     Dari banyak cabang... Kalau kita bersatu maka lahirlah organisasi kukuh yang berilmu. Contoh saja kat sekolah kau kan. Ada cikgu pendidikan jasmani, ustazah, teacher, masiing-masing specific bidang memasing. 

     Oleh yang demikian, even pointer kau tinggi, even kau best studet, even kau genius, even kau ape skali pon,, ingat..ilmu ini luas. Seluas lautan samudera terbentang.. 


Adios :)