Thursday, 6 June 2013

SESAT

     Exam hari ahad ni. Tapi sebabkan seminggu study week digunapakai untuk siapkan assignment dan presentation, langsung terus mood study tak datang. Jenguk2 je.. Oh please...come to me....

     Well, tajuk berkenaan sesat. Yes. Aku tersenyum-senyum apablia melihat pelajar2 baru ibarat rusa masuk kampung. Aku yakin dan pasti bahawasanya mereka semua sesat dan tidak tahu di mana arah tuju kelas mereka. 

     Dalam jadual, nama kelas dan bilik kuliah di short form kan sahaja. Itu la yang duk sesat melilau sana sini. Aku pernah jadi budak baru. Pernah sesat, selalu tebalkan muka tanya student sekeliling tempat tu kat mana. Aku pernah. Jadi aku tahu perasaan tu..haha

      So, what to do? do research. Ada facebook kan sekarang ni, join group student universiti tersebut dan rajin2 bertanya perihal jadual, tempat dan sebagainya. Dulu aku nak tengok jadual pon terkial-kial. Even habis semester satu pon aku masih konpius JAM KREDIT tu ape.. 

     Malu sekarang takpe. Nanti senang kemudian hari. Yang penting jadi budak baru jangan sombong. Senyum je. Rendah diri. Baru orang suka :)

Ok. Jom study! STUDY HARD, PRAY HARDER !


No comments: