Kita perempuan, biar mahal. Malu aku tengok yang desperate sangat nak ada lelaki dalam hidup dia. Malu. Sampai maruah kau sanggup bagi, kau sanggup lanyak macam kain buruk,maruah kau sanggup gadai buat jualan murah-murah.,
Kau di hantar belajar jauh-jauh. Moga kau penuhkan ilmu di dada dengan pengalaman dan pendidikan. Tapi apa kau buat? Bergelak tawa, bertepuk tampar, ringan-ringan dengan lelaki , katanya mau tunjuk setia sampai bawa ke tempat tidur, SETIA katanya. pe jadahnya..
Katanya , ada lelaki ni bukan saja-saja. Pelengkap hidup. Mahu study semangat berkobar. Ada yang merangsang katanya. Meransang minat pada buku nota. Aku rasa merangsang pada yang lain bila kau berdua. Duduk jauh terperuk tersorok tercorok, study tempat sunyi baru masuk katanya. Mahu kata bodoh tapi kau masuk universiti. Jadi kau letak otak kau kat mana agaknya?
Bila katanya cinta yang utama, apa-apa kau buat kau agungkan cinta. Kau agungkan jantan betina. Kau rasa hidup kau bahagia dan cukup dengan ada pasangan masing-masing. Kau rasa syurga sentiasa. Tapi kau lupa kau sedangkan dekatka diri pada neraka. Kau sedarkah?
Cuba kau fikir sekejap. Ya, sekejap saja. Mak bapak kau bukan main kepalang sukanya dapat tahu kau dapat universiti. Susah payah sedia keperluan kau. Hantar pandu kau jauh-jauh. Tinggal kau kat asrama. Hati mak bapak mula gundah gelana, teringat kat kau. Harap mereka kau mampu berdikari bila berenggang jauh. HArap kau dapat belajar sehabis baik, gapai cita-cita kau biar manfaat dunia akhirat.
Tapi apa kau buat sekarang?
Penuhkan nafsu serakah saja.
Kalau kau masih seorang, single bahasa sedapnya, kau toksah sibuk cari pasangan ke hape. Kau rasa sedia kahwin, then, kau cari, kau kahwin. Kalau kau rase bukan masa kau bina masjid, kau simpan niat kau elok-elok. Kau yakin saja, Ya, yakin, jodoh kau dah ada, cuma belum masa dia. Jadi buat apa kau buang masa tambah dosa dengan berpacaran tika masanya tak cocok? kenapa?
Kau tak kesian mak bapak kau kah?
Kau sanggup tengok harapan mereka berkecai begitu saja kah?
Kalau kau sudah jauh menyimpang, kembali lah kejalan lurus, ramai akan pimpin kau. Tapi yang utama, pimpin diri kau sendiri dulu.
Kalau kau baru breakup, putus,clash itu satu tanda bagus. Tanda yang Allah sayang kau. Allah nak tarik kau dari lembah hina. Kau tahu? Jadi ambik masa suburkan cinta pada-Nya. Cinta agung hakiki tiada tandingannya.
Rasa sampai sini saja, peringatan untuk kamu dan aku dan semua. Moga cinta kita padanya mekar bak bunga di siram air di bawah mentari.
Sampai sini saja. Salam.
No comments:
Post a Comment