Tuesday 5 November 2019

Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya

Assalamualaikum.. 

Tiba-tiba kan. haha. 

Selepas setahun baru nak ada post baru. Agak-agak setahun sekali agaknya akan ku post benda baru dekat blog ni. haha. Tanggal 5 November 2019 baru sis gigih menaip. 

Al-kisah, aku selalu pergi checkup mengandung di Klinik Kesihatan Presint 18. So, minggu lepas aku terlepas satu appointment checkup kerana balik kampung. Jadi oleh kerana aku nak dapatkan tarikh appointment baru, aku nak call dan set appointment. Tapi masyaAllah hazab betul nak dapat no telefon dan dapat tembus call tu. pheww.

Aku pon sebenarnya tak pasti , nombor telefon mana yang betul. Puas duk google sana sini, cari dekat FB, cari dekat Instagram, kot lah ada yang share kan. tapi susahhhh takde. Kalau ada, mesti orang tu pasti atau ta pasti. Kalau google akan keluar nombor telefon ni kan... 

Perihal KK Presint 18 (ihsan google)

Aku cuba telefon petang, masuk operator. talian sibuk. talian mati. Esok, pagi-pagi 7.30 pagi aku dah standby nak call lagi, sebab kalau tak tercapai untuk call, aku nak terus walk in je. Bila Call nombor seperti tertera di atas, akan masuk operator. Korang kena masuk sambungan "1" untuk sambungkan kepada Klinik Ibu dan Anak. Atau kalau orang yang bercakap, cakap je nak mintak sambungkan kepada Klinik Ibu dan Anak. Tapi aku dah cuba, line sentiasa sibuk dan aku end up, walk in terus ke klinik tersebut. 

Dipendekkan cerita, selepas selesai semua urusan aku untuk checkup pada hari ini, pada kaunter yang dijaga puan Nurse, aku tanya, apa extension number yang betul. Sebab senang nak call if ada nak tukar tarikh appointment , buat appointment dan sebagainya. 

Puan Nurse cakap, nombor tertera tersebut adalah betul. Tiada direct extension kepada telefon di meja/kaunter mereka. Memang kena mintak operator sambungkan kepada Klinik Ibu dan Anak. gituww. Ini nombornya :  

03-8881 0062 
Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya

Aku buat jugak special entry ni untuk letak no telefon tersebut sahaja. Sebab hazabb sangat nak cari merata-rata dan tanya orang. Susah betul. Disebabkan aku dah tanya sendiri dekat nurse jaga kaunter tu, so, jawapan terhadap nombor tersebut meyakinkan. Nombor tersebut masih valid dari tarikh hari ini post ini diletakkan. Just in case, korang atau aku sendiri, view post ni lagi sepuluh tahun, valid tak valid, kena confirmkan semula ya. hehe. 

Jadi kalau korang ada apa-apa urusan untuk berhubung dengan Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya, boleh call nombor di aatas ya. Kalau untuk ibu mengandung, minta sambungkan pada Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. 

Sekian, itu sahaja. Semoga bermanfaat dan dapat bantu korang jugak. 

Sekian, terima kasih. 

Assalamualaikum..