Thursday, 20 March 2014

CELA

Aku mula rasa skeptikal terhadap orang sekeliling. Skeptic (ragu-ragu) mula aku rasa bila aku di ofis terdengar orang ini cakap pasal orang ini dan orang itu cakap pasal orang itu.

Bagi aku tiada orang sempurna. Perfect mane mesti ade jugak lompang mane-mane.Jadi bila aku dengar orang ni cakap memburukkan seseorang, aku terpikir, hidup dia perfect sangat ke. takde cacat cela ke. 
 
 

Aku kalau boleh, akan hindar manusia yang suka cari silap orang dan jaja. Sebab aku rasa, nanti giliran aku pon tiba. Giliran kau di cacat cela. Yang omongannya kita tak tahu betul tidak, fakta or auta.

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Deep.
Kita tutup aib orang, InsyaAllah Allah tutup aib kita jugak.
Dalam kita menjaja, fikirlah , ape perasaan kita kalau orang lain cakap pasal kita.
Dalam kita mencacat cela orang, fikirlah dosa berhimpun kita.

Bukan cakap jer, menulis pon sama. Jangan nak susah cari cela orang semata nak sedapkan cakap or tulis kita. Tak perlu. 
 
kanokino.blogspot.com
 

Tuesday, 18 March 2014

Pray For MH370

kanokino.blogspot.com


Salam. Malaysia tanah tumpah darahku menjadi tumpuan mata dunia. Sejak kehilangan pesawat MAS MH370, yang sehingga minggu kedua masih hilang misteri, banyak spekulasi digemburkan. 

Menjadi antara rakyat yang menghuni negara ni, sangat terharu dengan keprihatinan negara lain, dan sedih juga dengan lemparan kata yang tidak enak di baca dan menyentap hati. 

kanokino.blogspot.com 

Di mana pon anda semua, kami disini sentiasa mendoakan keselamatan anda. Tak pernah kenal , tapi kami prihatin. Kami menunggu. Pulanglah. 

 Dekat ofis aku, start hari pertama kehilangan, sesama kami akan update berita2 terbaru dan menunggu press conference.. Bukan kami. Dyorang. Sebab aku baru lagi dekat kompeni ni.. Haa nampak tak betapa aku tak updatenya kehidupan aku kat blog ni.hahaha. Well, nanti aku story mory tentang praktikal day aku yer. 

Miss u my blog. xoxo :)

Keep Praying for them. We are waiting. balik lah. :(

Monday, 27 January 2014

Kawanke?

Berkawan. Kawan. Beteman. Teman.

Kadang, susah sangat nak cari kawan sejati. Bila satu masa kita rasa da jumpa yang dicari, teman sejati. Tapi hakikat, masa senang saja munculnya. Dan bila susahnya saja dia muncul minta bantu.

Susah. Nak cari kawan satu kepala. Nak cari teman gila-gila. Yang ada hanya tahu ambil kesempatan pada kita saja. Buat apa. Rugi saja. 

Kekadang aku tahu dan perasan, dia macam mana, tapi layankan saja, macam tiada apa2 terjadi. Layan saja. Walau kadang luka jiwa robek hati. Biar. Kawan beribu. Tapi satu aku tak jumpa yang tahu isi hati, faham diri. Yang ada hanya tahu ambil benefits saja. Aku tahu. Biar. Sebab cara ni saja buat aku selesa. Hipokrit mungkin. 

Mungkin kau ade rasa macam aku. Kawan yang setia ketika dia perlukan kita. Bila kita perlukan dia, terus menghilang. 

Aku dah banyak kena. Jadi aku pilih sendiri. Senang. Dan aku bahagia. Tak perlu susah jaga hati sape2. Sebab hati aku takde siapa nak jaga. Kalau bukan kita sendiri, siapa? Jawab aku. 

Sekian saja. Kalau kau sama situasi, kite geng ler.. Kalau kau bukan yang aku karang, kau memang bertuah. Ada kawan tang tahap sayang macam dewa,cinta macam romeo juliet, setia macam laila majnum. Bagus engkau. Tresure them :)


Monday, 13 January 2014

2014

Assalamualaikum...

Ape khabar sekalian blogger , kekawan alam maya yer? longggg time tak masuk jenguk blog n blogwalking. Kepada yang tinggal jejak, well, lot of thanks ya.. Those silent reader, also thanks. me lap u lah.. hehe

Dah tahun 2014, tahun 2013 is one of hectic year in my life. Kenapa? aku sem 6 dan sem 7. Dan semester 7 adalah paling sibuk serabut kelam kelibut lah.. Dan aku kena pindah kampus, di mana asal aku di UniSZA kampus Gong Badak, Kuala TErengganu, dan kena pindah ke UniSZA kampus Tembila,Besut.

Seronok pindah? hmmmm... what can i say eaaa....
Well, so far Alhamdulillah. Masa mula2 datang, sangat.. sedih. Sangat terpencil dan rasa terasing. Tapi lame2 duduk, rasa ok la.. la... ok... Nanti aku story more on Kampus Tembila for next post. Kot-kot ada adik2 lepasan SPM duk tercari2 info universiti pilihan hati untuk sambung belajar kan..

So, whats up 2014? azam baru.. yeah no.. Aku tak pernah nak taruk azam2 baru. Ape yang aku lakukan, follow the flow. enjoy your life. Target ada. Tapi tak main lah azam tahun baru and similar thingy. Yang penting, hidup bermatlamat,ye dak?

Dah lame tak menulis mencurah hati.. Best pulak rase eah.. Ok.. See next post. Even agak lewat, Selamat Tahun Baru u'olls.. :)