Saturday, 25 October 2014

Syukur




Sometimes in life you feel so blue
But someone somewhere is not as blessed as you
Far at the border when a soldier sleeps
Missing his loved ones, he silently weeps
Somewhere a mother painfully sighs
Because her new born didn’t open his eyes
Somewhere a poor father silently cries
Seeing his son begging for a bowl of rice
In an orphanage a little girl is sad
Because she misses her mum and dad
When reason to smile you may not have any
Just say to yourself, you are more blessed than many
Because life is beautiful and not always blue
And someone somewhere is not as happy as you.
Always be grateful to Allah!


Saturday, 18 October 2014

Jelik Pelik.




Aku rasa jelik, pelik bila aku jumpa pompuan yang dah ada boyfriend/teman lelaki/pancar tapi masih tergedik dengan lelaki lain. Kalau keluarga sanak saudara aku tak heran. Tapi kalau dengan lelaki lain aku pelik. Dah ada taman istimewa sendiri tapi terkinja tergedik dengan orang lain apa kes. 

Macam bunyi jeles sebenarnya kan. Bukan jeles pon. Tapi kesian. Kesian kat lelaki yang setia itu. Apa sahaja buat istimewa buat pompuan itu, tapi pompuan tu tergedik sana sini. Sila hargai usaha murni balak ko k. 

Ni kalau jadi kat drama ke aku heran apa kan. Kalau jadi kat orang lain yang takde mengena dengan aku pon, aku tak kesah jugak. Tapi kalau jadi kat kawan2 aku, buntu jugak ar nak nasihat. Kan kalo nasihat kate kite ni jeles. Kate kite ni sibuk jaga tepi kain orang. 

Sampai tahap aku rasa pelik tahap giga camna laki baik cenggitu dapat pompuan cenggini. Hurmm. Kesian. Tapi dyorang tak kawen pon. Kapel je, so nak kate ayat cliche "dah jodoh diorang", tak boleh lagi lah kan. 

Ok lah. Moga mereka2 bahagia. ke. bahagia ke. ? kbai. 


Tuesday, 23 September 2014

Warung bawah jambatan


Hari ini aku pergi jejalan dengan mak dan adik aku. Lepastu, singgah lepak jap kat satu warung bawah jambatan. Memang warung ni lejen la sebab dah lamaa dulu lagi wujud.

Aku biasa singgah sini dengan ayah aku je. Sebab ni tempat lepak ayah aku masa rehat waktu kerja dulu. So , ayah aku biasa ajak teman minum2 sambil menyingkat nostalgia lama. 

Aku kurang suka. Sebab pelanggan yang ada pak-cik. Lelaki. Kurang selesa. Tapi sebab pergi dengan ayah aku, aku sanggup juga. Ada lah jugak perempuan yang datang , tapi sekerat je. 

Macam hari ni, semua meja penuh. Semua golongan lelaki. Sobss.. So, aku cecepat bagitau mak aku, aku segan. Nak lalu cari meja kemainn lah jadi center of attraction. Malu lah. 

Dalam malu cenggitu order jugak tea ping penghilang haus tekak.haha. Sambil jamah keropok lekor panas-panas. Habis malu. Ok, sekian aku merapu. Jumpa lain waktu. :)


Monday, 22 September 2014

Senyap

Assalamualaikum..


Lama gilerr aku tak masuk blog.Sign in tak, jenguk-jenguk pon tak. Sori dear Mr blog. ni aku nak menaip balik pon dah rasa kekok. Nak masuk gambar pon dah rasa tak pandai. Lain. Dulu setting macam lain je. Haa nampak betapa lama tak jengah sini. 

Sibuk.Hmm... Boleh kate macam tu lah. Dengan praktikal. Jadi pelajar tahun akhir. Kena buat projek akhir. Memang sibuk, Tapi dulu sebab sibuk , aku tension, aku curah luah kat Mr blog. Ni dah meningkat dewasa sikit terus lupa agaknya. Ape khabar semua, baik2 aje kan. Kekok lah.haha

Aku ingat nak menceburi balik bidang ke-blog-kan nih. Sebab aku rasa boring duduk kat rumah tanam anggur. Sambil seru-seru kerja suh datang menjelma. Aku dah habis belajar. Tunggu nak konvokesyen. Yuhuu.. Tak sabar eden. hehe. 

Ok. Next post aku nak membebel panjang-panjang. Walau aku tahu, akulah sendiri pembaca setia blog ni. Korang, kalau baca, memang geng lah kita. 

Ok kalian. Jumpa lagi :)