Sunday, 27 January 2013

Senyum.

  

 Senyum.Bukan susah tapi payah bagi mereka yang takut nak bersedekah. Ye, senyum itu sedekah, nak harapkan kita sedekahkan duit,harta bernilai, mungkin ditunjukkan tarikh kematian baru gedik nak sedekah.

  Ada orang kata nanti pompuan senyum kat lelaki, gatal namanya. Lelaki senyum kat pompuan , miang namanya. Make it simple. Jangan senyum kat berlainan jantina andai tak kenal. 

  Tapi boleh saja senyum tanda ramah, senyum tanda terima kasih, senyum tanda ikhlas menolong, senyum tanda simpati , senyum tanda syukur, senyum sajalah. 

   Aku suka senyum pada yang tua. Walau tak kenal tapi aku tau, yang tua mesti balas senyumanku. Rasa lega gembira bercampur  bahagia. 

 Aku suka senyum pada kanak-kanak. Riang ria dia balas senyumanku, kalau ada lesung pipit lagi comel semestinya. Yang kecil pula tidak sombong tapi ikhlas dan jujur menyedia senyumnya. 

  Aku jarang senyum pada yang dewasa. Aku senyum bila ku rasa mahu. Sombong? Bukan. Tapi sakit hati kerna jelingan saja akan dihadiahi. Ada kala buat tak nampak sahaja. Sakit hati hanya tuhan saja yang tahu. Tapi positiflah.. Mungkin dia ada masalahnya. Buat apa pikir pening sahaja, baik ko senyum sahaja pada alam indah.

 Senyumlah. Tak rugi malah menenangkan. Boleh juga melepaskan tekanan. Senyum itu sedekah. Pahala free sahaja Allah titipkan. Senyum lah. ^_^




Sunday, 20 January 2013

Stand Alone



     Pabila adanya bantuan daripada sesiapa sahaja, kadang2 kita akan malas berusaha dan low confident level.Bila dah ade orang yang akan bantu kita, maka kita dengan senang hati akan bersambil lewa dan lepas tangan.

     Dalam belajar, kalau dalam kerja berkumpulan, we should never practice this.. Take part in the teamwork and try to expose yourself and also come out with brilliant idea. 

     Aku pernah ada kawan, yang mana, kalau dengan kami2, nak beli makanan pom malu, suruh kami2 beli, nak jalan pom, mesti nak jalan kat belakang, but then, when she left alone, ok je semua tu. Takde hal nak beli makanan or whatso ever. 

     That is what the picture above stated. Kekadang, kalau ada kawan kita tak mampu berdikari, tapi bila kita keseorangan tanpa teman, kita akan usahakan apa terdaya untuk meneruskan hidup.

Believe in yourself ! and just be yourself, dont copies others !

Peace ! :)

Friday, 18 January 2013

Simple Pizza


      Malam nie, aku rase malas nak makan nasi. Jadi, aku tengok sekeliling dan melihat separuh buku roti tergolek atas meja minta di makan. Nak sapu jem, jem takde, nak buat sandwich , sardin takde, nak wat sandwich telur memang tekak tak terima, so akhirnya aku buat ala-ala pizza. 


      Sos dye aku maen campak2 asal nampak macam pizza kat kedai. Topping pon aku maen tabur aje ape yang ade dalam peti ais. Dan akhirnya....




Rasenya...superbb! ok lah.. adios!