Monday, 30 May 2011

:: i MiskOl u, u Miskol i ::

Hai anda semua! Korang pernah dapat miss call? pernah buat miss call? Al-kisah semalam aku dapat lah satu misskol dari classmate aku, punyalah aku gabra sebab ingat ade hal penting. Bile aku mesej tanya nape call? ade hal mustahak ke? terus dye cakap, takdelah,saje call, bosan..pergh.... Aku mati-mati ingat ade hal penting. Sekarang sebut aje misscall aku rase pelik.Aku misscall ko, pastu 2,3 saat lepas tu, ko misscall aku balik...aikk..

Dulu time-time sekolah, sape-sape ade henfon memang dikira paling bertuah,paling up to date dan paling kaye lah kot.Yang lain tengok jew..syok diorang ade henfon..pastu meleleh air hidung sebab teruja nak henfon gak..kahkahkah.. Pastu nak tunjuk lagak lagi, main-mAIn mesej,beep sana, beep sini.. Pastu kalau dah takde kredit sangat main main misscall gitu. Mengikut fahaman aku, orang yang misscall nie maksudnya :

1-i miss u.
2-i selalu ingat u
3-i takde kredit,call i balik
4-u free tak sekarang?
5-i tengah boring nie.
6-i tengah ingat u.
7-ape khabar.
8-i malu nak mesej,call, misscall pom jadi lah kan.
9-boleh cakap ngan u tak?
10-jangan lupe beli barang yang i pesan tadi.

Hahhh.....Ade sape-sape nak tambah lagi? silakan erh...Tu antara pendapat akulah. Dulu time kat skolah aku pom suke gak main misscall.Syok beb..Macam orang takde kije lain.Bile Kawan aku misscall aku balik...rase seronok macam nak lompat2 jew.haha..

Tapi sekarang, aku dah takde nak main camtu lagi.Kalau nak tanya khabar aku mesej, kalau hal penting aku tekan dial terus.Kalau ade yang main misscall lagi zaman aku rase pelik jee...Cam budak2..hahaha..ye lah kan. Sekarang budak darjah satu pom dah ade henset.Parents dyorang tolong penuhkan tabung topup.Heaven betul..haha, Pastu ade laman sosial untuk berhubung macam fesbuk dan tweet sana sini. Kan senang tu....

Ok kawan..see you next tyme..yi huir jian..

 p/s : sape berani misscall aku..??hahaha

Sunday, 29 May 2011

:: SusAH seBelOm KayA RayE ::

Hai readers semua! 
Hari ini aku nak story mory sikit pasal manusia yang sekarang nie dah jadi selebriti,kaya raya, dan menjadi insan terkenal dunia.Kalau aku sebut Bill Gates,, mesti korang dah familiar dan tahu ape sumbangan beliau kan.Tapi sebelum mereka ini berjaya dan menjadi seperti sekarang, kehidupan lampau mereka hanyalah orang biasa yang susah dan kais pagi makan pagi jugak.hehe..Jom cek kehidupan lampau mereka..
BILL GATES
Sebelum bergelar jutawan seperti sekarang, pengasas Microsoft ini pernah bekerja sebagai budak suruhan atau office boy di sebuah syarikat kongres.






SYLVESTER STALLONE
Bro hensem ni mesti korang kenal kan. Yang selalu femes dengan filem-filem aksi beliau.Asalnya dulu bekerja sebagai pembersih kandang singa.






WILLIAM WATKINS
CEO dari syarikat SEAGATE TECHNOLOGY, pembekal hard disk utama di dunia.Sebelum berjaya ,William dulu hanyalah seorang jaga(pak guard) hospital sakit jiwa pada waktu malam.






ROBIN WILLIAM 
Aktor ini dahulunya hanyalah seorang pantomin jalanan dan beraksi di kaki lima untuk mencari rezeki.




JENNIFER ANISTON 
Aktres cantik yang memang seksi dan terkenal nie dulunya hanyalah seorang pelayan restoran.







ROD STEWART
Sebelum terkenal sebagai penyanyi, Rod Stewart pernah bekerja sebagai penggali kubur.







MICHAEL DELL
Pengasa perusahaan DELL COMPUTER ini satu ketika dulu hanyalah seorang tukang cuci pinggan di sebuah restoran Cina.





BRAD PITT
Ohoi...Ensem betul laki angelina jolie erh..Pelakon kegilaan ramai wanita ni dulu bekerja sebagai penarik peti sejuk.Selain itu,dia pernah menjadikan sut ayam sebagai kostum untuk menarik pelanggan di sebuah restoran bagi mencari wang tambahan,







Okeh dear! Itu baru sikit ok.Banyak lagi manusia yang sekarang nie berjaya dan kaya raya yang dahulunya amat susah hidupnya.Kita boleh jadi macam mereka kalau sanggup berusaha,tanggung risiko dan tidak berputus asa.
Sayonara~

Friday, 13 May 2011

:: sAYaNG bUMi?? !! mEStI bAcE! ::

Assalamualaikum semua.,.hai semua!! Korang tau ape itu teknologi hijau? haa...teknologi hijau ialah sebarang bentuk teknologi yang dicipta dengan objektif unutuk mengurangkan kadar peplepasan tenaga ke muka bumi ini.Contohnya gas karbon dioksida,klorofluorocarbon dan sebagainya. Sekarang kita dah boleh tengok banyak peti ais, aircond dan sebagainya telah dicipta berdasarkan teknologi hijau.
Dan lagi, pada 22 april setiap tahun akan diadakan hari bumi sedunia

sambutan hari bumi sedunia 22 april

:: BloG tu Ape? ::

Assalam...
Mak,pinjam penyapu! pinjam mop! pinjam kain buruk! 

Buat ape??? ni haa.... dah lame tak update belog...huhu.. Baru aje nak start update, blog dah currently unavailable..hukhuk..errr... Sapu sini sikit, buang sesawang yang bergantung sana sini... aikkk! labah-labah,lebah,rama-rama segala bagai serangga ada?? err,,, bagus2..boley buat bisnes..kih4...Budak U dah start holiday..yihhhaaa! Holiday tu ape?hmm...



Monday, 2 May 2011

:: sCabies?? budak asRama mesti tau!! ::

Hai readers! Bace tajuk tue...ape itu scabies actually erk? makanan?op, no!! definition scabies from answer.com ialah :

"A contagious skin disease caused by a parasitic mite (Sarcoptes scabiei) and characterized by intense itching."
     Maksudnya scabies nie adelah sejenis penyakit kulit yang dialami disebabkan kuman/parasit/tungau Sarcoptes scabies, dan anda akan mengalami kegatalan berterusan.Biasanya kuman ini akan "menerokai" bahagian kulit anda yang nipis atau di celah lipatan,contohnya ketiak,celah jari, dan anggota badan yang lain.Mula-mula korang akan dapat ruam atau bintik merah, pastu keluar bintik-bintik berair dan akhirnya bernanah. Boleh tengok gambar bawah untuk lebih nampak ok! 
cube tengok menatang tu duk korek kulit ..
 Sorry ler kalau gambar2 kat atas wat korang muntah, tak lalu nak makan kew..Ni antara basic knowledge korang tau kalau nak hidup berdikari ni..Actually aku buat entry pasal scabies sebab sekarang dah musim intake pelajar-pelajar baru ke matrikulasi,form6, univesiti,kolej dan sebagainya. SO ape kaitannya?? Korang nak tau.. Mostly yang dapat penyakit adalah budak-budak yang mendiami hostel! lagi sekali...HOSTEL! budak asrama! Kenape mereka senang sangat dapat penyakit kegatalan kulit nie??

1-share mesin basuh,kalau hantar dobi, lagi lah tinggi kemungkinan nak dapat penyakit nie, Jadi kalau korang rase berkudrat,better basuh dengan tangan je ok! Sebagai langkah berjaga-jaga kan. Prevention is better than cure,right?

2-Baju bersepah,letak merata-rata,towel/tuala tak sidai. Ni memang si parasit tu suke sangat-sangat mendiami kawasan sedemikian.U are grown bigger enough to think what should do and not to do. Tak kan baju or tuala nak sidai pon tak reti.Baju kotor kumpul setempat dalam bakul,Jangan duk letak merata-rata,especially ehemm2...paham2 ok!
3-Share baju,kononya sharing is caring.hahaha.Kalau baju bersih,cuci dan wangi boleh consider tapi kalau dah pakai sekali and then roomate plak pakai,,eeuuww! ni biasenya kaum lelaki la,.,,bukan semua...tapi sebahagian je ok!

4-Share barang peribadi.Contohnya sikat,kacip kuku,cotton bud,tuala dan sebagainya.hehehe..Tapik kalau roomate dah terdesak nak sikat rambut, takkan taknak kasi kan.hehe...Jadi berpada-pada lar nak kasi pinjam ok! Biasenya orang yang menjaga kebersihan takkan share barang2 peribadi.Dyorang bukan selfish,individualistic or pape lar,tapi pade pandangan aku,dyorang amat mementingkan kebersihan dan kesihatan.

Ni contoh manusia yang berperatusan tinggi nak dapat scabies :

     Banyak ubatan nak cegah penyakit ni..tapi untuk pengetahuan korang sekali kena. penyakit nie ambik mase yang lame untuk sembuh. Dah sementara nak pulih korang akan menderita dengan kegatalan dan sebagainya.Biasanya doktor akan bagi cream atao lotion dan scabies biasenya dapat dicegah dengan extenal cream sahaja.

     Actually aku dah kena.hahaha..Tersangat best sebab menderita hidup aku selama beberapa bulan. Bukan sebab messy room tuala tak sidai ke, tapi berjangkit daripada abang aku.Balik dari Mrsm abang aku rebus semua baju-baju dye, dan ini menimbulkan kehairanan. Selang beberapa hari dye start gatal-gatal dan telah berjangkit kepada adik-adik aku dan aku sekali. Aku paling teruk kot sebab tangan aku bernanah sebijik macam gambar kat atas.Sampai kuku jari tangan aku tercabut 2,3 kali. Dah lar nak amek PMR time tu. Sabor je lar, Dan at last, tangan aku baek dan elok macam biase.. penyakit ni macam berbisa tau.Sakit ,gatal,senak,semua ade..

     So, nasihat aku, korang jangan percaya sangat mesin basuh yang dikongsi dengan beratus-ratus orang tu. Kalau sorang ade penyakit, berkemungkinan besar korang akan kena jugak. Kebersihan teramat penting dan perlu dijaga tak kire pompuan atau laki, Kalau pompuan pun bilik bersepah,pengotor, hmmm.....no komen le..

Thats all!! jauhi scabies...! sebagai peringatan bersama. Majulah sukan untuk negara...hahaha!







:: AbiS pown ExaM..fuuHH::

  Assalamualaikum....Aku secara rasminya telah habis exam..titik!noktah!! puas hati aku..!! haha.. Oleh yang demikian bermula lah cuti 4 bulan.. Budak universiti cuti 4 bulan ok! jeles?dengki? u should..muahahaha..Aku dah duduk susun aktiviti nak buat ape tyme cuti nie.. Dan at first aku nak pulun segala movie yang aku duk kumpul. 

   Bayangkan hardisk just penuh dengan cerita jerk..haha.. Mula-mula balik kelas aku pergi lepak-lepak. Dan aku online puas-puas dan pergi menyibuk kat blog orang. Dan akhirnya aku stuck dekat satu event nie..hah..Ape die??? ABPBH 2010..ape tu?? hahh?? alaaa... Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang berlangsung april baru-baru ini. Oleh kerana tu time study week so tak leh la nak tengok. Naseb baek ade kawan aku yang baek hati tolong download kat youtube.Boleh lar mengubat kekempunan. 
  
  So, Oleh kerana aku nie dah dikira ketinggalan zaman nak potpet pasal abpbh, korang just layan je lar ok! hehehe... Lepas aku tengok full habis abpbh ni,. terasa kelainan die first sebab pengacara  iaitu  Zizan, Raja Azura,dan Sharifah shahira..dan yang laen sebab persembahan dan jugak ending yang best!! haha...

Minat yang tengah tu..hik4
show pembukaan,..ade Lan sume suare jadi bersemnagat gitu!
nie feveret aku..YUNA!!
haha! usop wilcha n johan! aku suke part last nie! ^_^
Ending dengan dato' siti.Perfect persembahan siti.suke2!
wonder girls takde kat abpbh ok! saje nak tgok same tak dgn dato' siti..kih3
 Okeh! habis aku merepek! see ya!