Tuesday, 14 June 2011

::Buat baik nak pahala or popular?::

      Assalamualaikum...Aku ade terbaca satu entry dari satu blog tapi aku terlupa pulak...aiseyyy~Blog tu pom cerita pasal bersedekah... Tapi aku taknak cakap pasal kebaikan bersedekah tapi perangai orang yang bersedekah..macam2 hal...Kalau diperhatikan, semua situasi ni boleh dikaitkan dengan situasi di negara kita..Aku bukan nak tuduh sesape, tapi kalau ade yang terasa, bawak2 bertaubat lah yerk..hehe...peace beb!
 
1-    1-  Kiri kanan bahu jalan mesti ada sang pengemis meminta-minta wang dari manusia yang lalu lalang. Korang tengok dengan rasa simpati,kesian dan empati pom ade.Ape lagi,korang pom hulur lah seringgit dua.TAPI duit yang korang bagi tu sebenarnya hasil menang judi nombor ekor.Menang sampai puluh-puluh ribu tapi sedekah 2 3 hinggit,….Dah lah pakai duit haram, tapi derma sikit jer,,,dasar taik hidung masin!!~

2-    2- Tak sanggup tengok anak yatim berkeliaran sana sini. Time waktu tidur,dyorang tidur tepi jalan dan di kaki lima aje,,Korang prihatin sesangat…Dan dibina satu rumah anak yatim.. Tapi last2 korang suruh dyorang mengemis sebab nak bayar bil air letrik rumah tersebut… Pe jadahnya??!!
                                                    
        3-Ade penjenayah yang dikehendaki berkeliaran!!! Korang bantu pihak polis menjejaki penjenayah tersebut sehingga tertangkap.Tapi korang buat macam tu sebab pihak berkuasa tawarkan ribuan ringgit kalau ade sape3 yang membantu..Kalau takde ganjaran harem je korang nak turut serta…Ikhlas mane beb??

4-    4- Jiran korang orang susah..Makan kais pagi makan esok,.Korang dengan berwajah manis pergi hulurkan sedikit sumbangan dan pertolongan…name pom jiran kan,,,kan…Tapi korang buat tu mase ade rancangan program televisyen sedang shoot untuk bantu golongan miskin..Korang buat-buat tolong sebab nanti glemer boley masuk tv.Kalau takde orang tv takdenye korang nak tunjuk muka kat jiran sebelah…Baik la sangat..Blah ar…!!

5     5-Macam kita tahu, peperangan sana sini.Jadi sebagai negara jiran korang dengan berbesar hati dermakan sejumlah wang yang banyak…Korang memang dermawan…Tapi korang mintak orang surat khabar datang, reporter sana sini datang sebab nak suruh dyorang ambik gambar korang yang tengah pegang cek sebesar peti sejuk,Siap tertera nama korang besar2…Ikhlas ke tuuuu?

Moral of the story..Dalam melakukan sesuatu amal kebaikan , jangan dilakukan kerna paksaan, tapi jalani dengan rasa ikhlas dihati, Dapat pahala, dapat tenteramkan jiwa dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sedara seIslam kalau tiap perbuatan kebaikan kite buat dengan ikhlas dan senang hati,. 

Kalau nak bersedekah pulak, takpayah nak menunjuk2, takde pekdah, bala adelah…Ada hadis menyatakan , Besedekahlah, sehinggakan tangan kiri tidak mengetahui tangan kanan memberi..

Tangan diatas lebih baik dari yang menerima.

Kalau korang tak mampu sedekah dengan wang ringgit harta benda, sedekah lah guna kudrat, yakni tolong yang termampu.

Kalau tak mampu dengan kudrat, SENYUM POM BOLEY…SENYUM ITU KAN SEDEKAH!

SENYUM GENG! As-salam…. 


Saturday, 4 June 2011

:: DramA kOrea VS Filem Melayu ::


    Aloha semua..Aku dah start bosan duduk kat rumah, asyik makan je kerja aku...Aishhh...makin gemok lah agaknya...Dalam kebosanan nie, aku pom yang suke layan criter jepun+korea,terus ajer gatal tangan dan bukak drama MY GIRLFRIEND IS GUMIHO.Memang best siot cerita nie, dah la lawak...Lee Seung Ki yang hensem dan Shin Min Ah yang comel cute telah membuatkan mata aku terpaku dan terlekat dan terpacak terus depan lappy...Cerita komedi romantik pasal musang/fox/gumiho nie memang best!


     Tengah syok aku layan drama GUMIHO ni, datanglah seorang penyibuk iaitu kakak aku..Dan kerana aku adelah adik yang tersangat 'baik' errrr..... aku pom kasi laluan kat dia nie ambik alih port aku..Dengan selamba derkkk jer dia tutup cerita GUMIHO pastu bukak satu cerita nie...
     Arrgh,,,,...Cerita apekah ini...??!!err....Takpe lah, kerna bosan aku duduk menghadap gak.Duduk diam2 macam budak2 dapat lolipop.err...Tengok kejap...tengok lagi...eh eh..... Best rupenya crite ni...Memang cUN bro!! Filem sekarang terlampau banyak dengan genre aksi, rempit sane sini, pastu seram sana sini...Sekali aku layan cerita ni memang aku terpaku siot! Orang lain dah puas tengok tapi aku baru nak feeel, memang agak ketinggalan disitu yer...

     Filem yang berlatar belakangkan sawah padi dan padang hijau luas terbentang ini dibintangi pelakon utama iaitu Remy Ishak dan Maya karin.. Memang serius lucu dan aku tergelak2 sakit perut gak..Dengan suasana kampung yang mendamaikan, memang menenangkan dan tak jemu mata memandang,,,
Okeh! Layan cerita lain pulak...Sayonara...(^_^)