Tuesday, 25 December 2012
Encik Awan.
Bila ku pandang awan, aku rasa dia tersenyum padaku.
Awan berarak mengikut aku.
Mungkin dia lindungi aku.
Aku ibarat semut kecil di dada bumi.
Awan gah di atas sana.
Kecil besar semua ada.
Bila kepala kusut serabut, kupandang langit.
Moga bertemu kekasihku awan.
Aku rindu padanya, tempat aku lepaskan tekanan.
Lembut dan sejuk ku rasakan.
Kadang-kadang dia beri ku hujan.
Mungkin mahu sejukkan aku yang kepanasan.
Bila hujan, si awan terus memakai aksesori pelangi.
Bertambah cantik.
Bertambah tenang.
Buat aku senang.
Buat aku bertambah girang.
Duhai awan,
kalau tiada kamu,
Aku tak mampu mengelak terik mentari.
Kalau tiada kamu,
Aku tak mampu merasa hujan mu.
Kalau tiada kamu,
Sudah tentu tiada pelangi di kaki langit.
Subhanallah,.. hebat ciptaan Allah..
Ash Shikano
21.12.2012
1.47 pm
Sunday, 9 December 2012
Kotak Hati
Selamat Datang. Tempat aku mengait pena mata tulisan, bait demi bait. Aku luah apa aku rasa, bukan mahu hentam sesiapa , tapi hanya kiasan umum.
Ramai orang ada blog, lain matlamat. Juga aku. Aku sering luah dalam hati, sakit hat, perit hati, Lalu lahirlah Kotak Hati.
Kalau tak suka, pangkah saja, kalau suka aku pun suka.
Selamat Datang. First post di Kotak Hati. :)
Friday, 7 December 2012
Hilang
Hilang
Aku pandang tepi,sepi.
Aku pandang sisi,sunyi,
Tengok atas, hening,
Tengok bawah, pening.
Rasa mahu hilang.
Hilang dari dunia.
Kerna hidup tak seidah rupa.
Dijanjikan manis,
tapi duka sang raja. Masalah mula menggila.
Datang tiap masa.
Aku naik gila.
Tapi aku lupa, ada Dia yang ESa,
selalu ada bila perlukan. Bahagia semacam mendapat pelukan.
Kenapa aku sombong, ketikan cinta-nya berpanjangan.
Kenapa aku sombong ,bila cintaNYA yang aku patut dambakan.
Kenapa?
-Ash shikano
7.20 pm
25/11/2012
Aku pandang tepi,sepi.
Aku pandang sisi,sunyi,
Tengok atas, hening,
Tengok bawah, pening.
Rasa mahu hilang.
Hilang dari dunia.
Kerna hidup tak seidah rupa.
Dijanjikan manis,
tapi duka sang raja. Masalah mula menggila.
Datang tiap masa.
Aku naik gila.
Tapi aku lupa, ada Dia yang ESa,
selalu ada bila perlukan. Bahagia semacam mendapat pelukan.
Kenapa aku sombong, ketikan cinta-nya berpanjangan.
Kenapa aku sombong ,bila cintaNYA yang aku patut dambakan.
Kenapa?
-Ash shikano
7.20 pm
25/11/2012
Wednesday, 5 December 2012
Muda Remaja
Dia muda remaja,macam aku jua. Masih mencari nilai kehidupan. Nilai yang sesuai dengan pengharapan. Harapan yang membara tapi biasanya terbeban.
Bukan mahu kutuk, tapi realiti. Dunia remaja ibarat fantasi. Tidak berpijak di bumi nyata. Mencari keseronokan sekelip mata. Merasakan dunia mereka yang punya.
Bila seronok, iman ditolak tepi, nafsu disanjung tinggi. Mak ayah kadang di biar sepi. Kawan-kawan sentiasa ditepi. Cakap kawan terus tersemat di hati, cakap ibu bapa tolak ke sisi.
Kekadang, hati terpikir, jalan mana patut diikuti. Takut juga tersembah bumi. Lalu otak kepala harus dikerah, berpandukan arah , biar terarah.
Biar otak dan hati berkerjasama , biar otak dan hati ibarat tangan menyuap , mulut terbukak, tekak menelan. Biar otak berfungsi, jangan rajakan sangsi, harus sentiasa di paksi , baru hidup bukan imaginasi tapi benar di posisi.
-Ash shikano
3.18 pm
23/11/2012
Bukan mahu kutuk, tapi realiti. Dunia remaja ibarat fantasi. Tidak berpijak di bumi nyata. Mencari keseronokan sekelip mata. Merasakan dunia mereka yang punya.
Bila seronok, iman ditolak tepi, nafsu disanjung tinggi. Mak ayah kadang di biar sepi. Kawan-kawan sentiasa ditepi. Cakap kawan terus tersemat di hati, cakap ibu bapa tolak ke sisi.
Kekadang, hati terpikir, jalan mana patut diikuti. Takut juga tersembah bumi. Lalu otak kepala harus dikerah, berpandukan arah , biar terarah.
Biar otak dan hati berkerjasama , biar otak dan hati ibarat tangan menyuap , mulut terbukak, tekak menelan. Biar otak berfungsi, jangan rajakan sangsi, harus sentiasa di paksi , baru hidup bukan imaginasi tapi benar di posisi.
-Ash shikano
3.18 pm
23/11/2012
Tuesday, 4 December 2012
Kosong.
Kosong.
Hidup ini terasa kosong.
Bila mana hati tidak terisi,
tiada posisi hanya fantasi.
Bila yang dibuat tidak pasti,
hanya ibarat lakonan ,
wayang palsu ,
penuh nafsu.
Bila kaki berdiri goyang,
tangan menghayun lambat,
hati tersiat,
otak tidak berpusat.
Bila manusia mula menyangkal hukum Tuhan,
Menghalal yang diharam,
mengubah apa diciptakan,
Hidup, terasa kosong.
bila persekitaran menggoyahkan iman,
bila orang mengajak kemungkaran,
bila otak berpeleseran,
bila hati tidak tenteram.
Bila hati mula terasa kosong.
Bila hati mula jauh dari tuhan,
Bila hati hitam dalam kegelapan,
Bila hati tiada cahaya sinaran
Maka, hidup terasa KOSONG..
-Ash Shikano
7.12pm
22/11/2012
Saturday, 1 December 2012
Sunday, 25 November 2012
Cuti sekolah.
Assalamualaikum..
Bangun pagi dikejutkan oleh pak cik ayam. Kokokan ayam bertalu-talu membangun kan jasad di keheningan pagi. Subuh.
Kebiasaanya, bangun subuh dan terus terkejar-kejar untuk ke sekolah, tapi tidak hari ini. Sebab cuti sekolah dah bermula! oh yeah!
Dari awal januari hingga ke penghujung tahun, tiap hari akan menyuakan muka ke sekolah. Belajar, exam, homework, kene bebel dengan cikgu, kena denda.
Time cuti sekolah, mesti ingat member2, cikgu2, kantin, tempat lepak, rasa nak pergi sekolah time tu jugak. Biler ingat homework, denda, exam, kalau boleh xnak sekolah da..kan..
So, adik2 sekalian, dan jugak para guru, enjoy you holiday. Selamat beristirehat. Penuhi cuti mu dengan aktiviti berfaedah lagi bermakna.
Sesungguhnya daku ini sangat jeles kerana diri ini masih bergelumang dengan assignment, dan tunggu mase nak exam, Kepala berat, mata terjerat, hati sendat. huhuhu
Anyway dear, selamat bercuti semua (^_^) !
Friday, 16 November 2012
Free Gaza !
Assalam.
"Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab, Tuhan yang segera perhitungan-Nya. Hancurkanlah tentera-tentera bersekutu itu. Ya Allah! Hancurkan mereka dan goncangkan kedudukan mereka." - Riwayat Muslim, 3 :1362.
Saturday, 10 November 2012
Tuesday, 6 November 2012
Mature.
Assalam..
Hari nie,,dah berpuluh kali aku sebut kat kawan aku, " Mature lah sikit,". Since umur dah 21 tahun tapi kami masih tak tahu mature tu macam mana.
Aku rasa aku masih kebudakkan. Tapi hakikat aku da besar. Aku tak tahu ke-mature-an diukur dimana. Mungkin kena pakai baju sampai terpesona. Mungkin juga belit tudung 5,6 kali sampai terbina. Mungkin juga cara cakap cun cun gitu. Atau cara jalan kepit-kepit gitu. Atau mungkin pasang pakwe banyak-banyak gitu.
Aku tak tahu.
Aku tengok junior2 semua cun-cun. Jenis melaram. Sana sini mesti nak cantik2. Muka pulak mesti jugak tampal merah hijau kuning. Accesories mesti blink-blink chain sana chain sini. Aku perhati.
Aku tengok diri aku.
Shawl? jauh sekali. Masih berpegang teguh tudung pin kiri dan kanan. Tudung tak pernah duduk elok-elok kat kepala, mesti penyek kiri kanan tengah. Aku selesa. Baju masih repeat baju2 kurung raya. Kalo tak raya, takde baju baru nak pakai.Mungkin cara pemakaian melambangkan kematangan sesorang? Mungkin.
Tapi bagi aku, just jadi diri sendiri. Budak kecik kecik ke, budak besar ke, mature ke or budak2 lagi, angka umur takkan berubah. Terima hakikat andai dah berumur. Bila dah meningkat umur, buat cara seperti umur tersbut, bukan 23 tahun tapi masih peluk bear kesana kemari .
Jadi diri sendiri. Tak payah nak ikut-ikut. Buang karen dan pelik. Proud to be yourself :)
Sunday, 23 September 2012
Allah is the BeSt PLANNER.
Often what makes us fall into despair is focusing on the wrong things.
For example, if we’ve sinned, we focus on the sin, rather than the Most Merciful.
If we're broken, we focus on the break instead of Al Jabbar, the One who mends.
If we are in pain, we focus on the pain itself, instead of on the One who removes all pain.
If we are wounded, we focus on the wound instead of on the One who heals all wounds.
If we're scared, we focus on the fear, instead of the Protector.
And if we're facing a problem, we see the problem, but not the One who can solve it.
We see the lion, but not the lion tamer. We see the immediate, but not the Tomorrow, the tree, but not the fruit, the thorn, but not the rose.
All our pain, all our despair, all our hopelessness, stems from looking at the creation, instead of the Creator.
Ask yourself: what is your heart looking at? - Yasmin Mogahed
Wednesday, 5 September 2012
Ikan Celup Tepung, ICT`
Assalamualaikum..
Ingat lagi, pada petang itu, dalam menyiapkan tugasan kami geng wartawan ( cik ash, cik pink, cik saidah) , iaitu menempah t-shirt, kami melencong ke pantai sat bagi mencuci mate. Cuci mate? err...
Ingat lagi, keinginan memakan sotong celup tepung panas2 kaw2 tepi pantai begitu mengada-ngada ibarat orang mengidam rasanya.. Lalu, diajak geng2 semua makan. Actually kalau datang sini, kena pandai2 cari tempat bagi menikmati ikan celup tepung, cendawan celup tepung, sotong, udang dan berbagai lagi.
Ingat lagi, orang sibuk duk cakap pasal ICT, tapi sikit pom aku tak tahu ape kejadah bendanya tuu.. But then, rupenya.. Ikan Celup Tepung. Rasa termalu sendiri sebab tanah air sendiri pom , tak kenai gak benda ICT tu.haha.
So, tyme makan2, kedai tu tak ramai orang pon, tapi , makanan dan air kelapa (air nyor) awesome jugaklah. Makan sampai jilat jari gitu..
perkenal kan... MIss Pink, model air kelapa... :) |
Udang celup tepung... slurppp ! |
Ikan celup tepung ,, ICT.. |
Sotong Celup Tepung Sedap! |
Jadi, sesape datang pantai sekitar Terengganu, jangan lupa singgah kedai-kedai makan sekitar tepi pantai ni tau. Tak rugi. Malah megukir memori..hehe.. daa,,,~
Thursday, 23 August 2012
kerana MARUAHmu begitu berharga!
MALUmu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh 'merampasnya'
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri...
KETEGASANmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya.......
Tuesday, 14 August 2012
Resipi Pancake
Cuti-cuti nie, takde kijo laen dah, makan tidur makan tidur, agak-agak kalau boleh jual lemak yang aku duk ternak nie, agak2 boleh kaya gamaknya. Saudagar penternak lemak,, wahh... glemer u'olls, kelassss gitu namanya haaa...
Dah nak ternak lemak tu kan, kena lah rajen, ye dak? so hari ini tuan puan adik maniss sekalian, aku nak shared a very simple dimple resipi yang aku masak bagi mengaktifkan lemak2 di badan supaya dapat dijual dan kayo eden ni ha.. hehehe...
PANCAKE
Bahan2:
Bahan ATepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu
Bahan B
Susu 1 cawan (fresh milk boleh,susu cair pom boleh)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)
Cara-cara:
1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan
2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas
3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!
4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.
5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Jangan tebal-tebal sangat, karang tak masak dalam tu haa..
5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh.Ikut kreativiti anda dan kesedapan masing2 ok.
Done ! senang macam makan kacang goreng je. Boleh buat brekfess, or makan petang. Ha'aaahh, dah buat tu, boleh la feeeling ala-ala cerita korean kan, kalau tengok cerita korea mesti ada part makan pancake gitu... kelass ko jah...
Ok bye semua.. selamat mencuba :)
buat berbuka puasa pom sodap ni :) |
Tuesday, 7 August 2012
Monday, 6 August 2012
BAtal Puasa!
Pada suatu petang yang hening, Kamal Kamil bersiap-siap untuk berbuka dengan semangkuk nasi air dan milo ais. Bagi mendapatkan pahala sunat, Kamal Kamil pabila terdengar Tok bilal azan, terus berbuka puasa. Tapi hakikat sebenar.. Tok bilal saja nak test microphone dulu sementara tunggu masuk waktu. hahaha
Korang pernah kena tak ?
Thursday, 2 August 2012
Monday, 30 July 2012
Please , fix my problems..
Manusia, memang takkan lari daripada masalah. Hidup, kalau tiada masaalah, ibarat minum milo ais tanpa ais. Mengerti? hehe.. well, boleh katekan masalah lah yang akan mewarnai perjalanan kita.
Jalan yang lurus pasti ada batu, pasir, kayu, even anjing di tepi jalan yang akan menggangu perjalan kite. Jadi, lumrah lah, hidup manusia, ada masalah.
Bila ada masalah, kita dapat lihat sifat sebenar manusia. Samaada sesorang itu akan menghadapi dengan hati terbuka dan menyelesikannya dengan bijak atau menyelesaikannya dengan sifat amarah dan hati tidak redha.
Allah mengirimkan masaalah kepada kita kerna Allah tahu kemampuan kita untuk menghadapinya. Allah tahu kita kuat, Allah tahu kita tabah. Jadi, andai dapat masaalah, sebesar mana pom, sekecil mane pom,.. Redha, bergantung hidup pada Allah dan cuba selesaikannya.
Jika kawan ada masalah, i'll always try to fix it. But then,sometimes,.. its hard and complex. So,, what to do? be the best listener, even you can't solve it, hear it...
Sunday, 22 July 2012
BE HAPPY :)
Be so happy that when others look at you, they become happy too.
BE happy and SMILE always, in no matter what happen in your life.
Being happy doesnt mean that everything is perfect, it mean that you've decided to look beyond the imperfections.
Friday, 20 July 2012
..RAMADHAN KAREEM..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Ramadhan Kareem datang lagi. Dan Alhamdulillah juga kerna kita masih bernafas untuk mengharungi dan menghadapi bulan yang cukup berkat ini.Sama-samalah kita semua memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat nanti.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
( HR : Bukhari & Muslim )
Sunday, 15 July 2012
MAI SECAWAN..
Dengan keadaan yang panas menghangat, bisa membuatkan diri menjadi membakar ibarat api menyambar kertas.
Dengan keadaan panas menghangat, bisa menjadikan diri bergelut dengan cecair peluh.
Andai dapat menikmati jus tembikai sejuk fresh2 seperti gambar, Alangkah indah hidup :)
Friday, 13 July 2012
DON'T QUIT BEFORE TRY..
You hate your life, You want to quit...
While some people dream of having your life.
Always thank Allah for His countless blessings. Always say:
♥ A L H A M D U L I L L A H ♥
Thursday, 5 July 2012
Tuesday, 3 July 2012
Monday, 2 July 2012
ANAK AYAH..
Oh my English! haha. Sangat suka dengan joke di atas. Tapi abah die agak kasar kan. But then, ni nak gitau yang ayah dia teror omputih ok!
Ni lah yang berlaku. Selalu ada salah faham antara anak dan ibu bapa. Zaman sekarang anak-anak makin liar kerana jiwa remaja yang suka memberontak dan ingin bebas.
Banyak yang aku experience by pemerhatian. Anak gaduh dengan ayah. Anak tak hormat ibu bapa. Kenapa berlaku? sebab salah didikan ibu bapa. Kekadang ibu bapa at first sangat manjakan anak2. At the end, bila ibu bapa tak penuhi kehendak mereka, mula lah kekasaran, keegooan, kemengamukkan berlaku.
Jadi, didiklah anak2 anda dengan cara yang betol. Andai ada yang silap, slow talk dulu, nasihat, jangan terus melulu memukul anak2. Ingat ibu bapa, bertindak secara rasional !
:)
GEMUK BUKAN PENGHALANG..
Kalau nampak aje orang gemuk, terus mulut pot pet pot pet duk mengumpat. Ade aje yang tak kena pada pandangan mata.
Kalau anda cantik, body hot, vogue and ohsem, hargai lah diri sendiri. Jangan duk sibuk nak menyakiti hati orang laen terutama warga yang berisi atau gemuk.
Well, kebiasaanya kalau nak cari kawan sejati, orang gemuk biasanya lebih setia, lebih memahami dan lebih senang dibawa berbicara, dan seorang pendengar yang baik.(pengalaman)
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Gemuk itu comey. Dan orang kurus patut berterima kasih sebab one day orang gemuk akan selamatkan anda if dikejar beruang. hehe.(joking).
Kepada anda yang gemuk, jangan rendah diri, malu. Korang adalah special. Dah Allah tetapkan fizikal begitu, pasti ada kelebihan yang tersembunyi di balik keburukann yang sering dipandang orang. Bersyukurlah.
:)
Sunday, 1 July 2012
KISAH CINTA JANTUNG,HATI,GINJAL,PARU-PARU
Ginjal tanya Jantung.. "sayang di mana?"
Jantung jawab "tak tahu"..
Jantung pun tanya Paru-paru.. ''sayang di mana?''
Paru-paru cakap "tak tahu"..
Paru-paru tanya hati.. ''sayang di mana?''
Hati pun jawab.. "sayang ada kat sini"..
Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan.. Kenapa sayang ada di Hati??
Hati jawab.. "Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki sayang.. kerana sayang, Hati rela menangis, Hati rela di lukai.. Dan kerana sayang, Hati rela berkorban.."
Jantung jawab "tak tahu"..
Jantung pun tanya Paru-paru.. ''sayang di mana?''
Paru-paru cakap "tak tahu"..
Paru-paru tanya hati.. ''sayang di mana?''
Hati pun jawab.. "sayang ada kat sini"..
Ginjal, Jantung dan Paru-paru hairan.. Kenapa sayang ada di Hati??
Hati jawab.. "Hati dipilih oleh Allah untuk memiliki sayang.. kerana sayang, Hati rela menangis, Hati rela di lukai.. Dan kerana sayang, Hati rela berkorban.."
:)
PLANT VS ZOMBIE
Adakah anda mengenali gambar ini? adakah anda dapat meneka ape cerita sebenar gambar ini? adakah anda tahu apekah motif gambar ini?
Kepada yang tidak mampu menjawab persoalan tersebut, anda seharusnya, sepatutnya, selayaknya, TAHU tentang gambar ini menerangkan tentang ape sebenarnya.hehe
Kepada yang dapat menjawab dalam sekali nafas sekelip mata sahaja., TAHNIAH diucapkan..
Kreatif kan, dah jadi macam sama dengan games sebenar dan halaman rumah nya. Agak-agak kalau nak buat macam game ANGRY BIRD, mana nak cari burung kaler2 sedemikian dan mampu ada bom dan sebagainya eh?
Jap nak pikir.... :p
Saturday, 30 June 2012
ITS JULY ALREADY..
ASSalamualaikum...
Dah bulan Julai ! pejam celik, pejam celik , dah tujuh bulan tahun 2012 kita dah hadapi. So,, agak-agak azam tahun baru 2012 dah terlaksana ke? kalau belom, why not kita menjalankan proses tersebut.
Dan...Ramadhan pom dah nak dekat.Kepada akak, adik, makcik, bakal mak mertua (opppss) .. Dah ganti puasa ke belom? jangan duk atur brapa pasang baju raya, brapa banyak kueh raya, puasa tu.. ganti lah yerk..
K, chow cincau :)
Friday, 29 June 2012
YANG KITA SUKA, TAK SEMESTINYA MILIK KITA...
Kita suka sangat kat seseorang, tapi tak semestinya dia akan jadi kekasih kita.
Kita bercinta dengan seseorang, tapi tak semestinya dia akan jadi pasangan halal kita.
Hidup ini mudah, tapi kita yang selalu merumitkan.
Andai ada masalah, jangan panik,jangan rungsing, jangan down, tapi sentiasa memohon pada Allah agar diringankan segala masalah. Allah tahu kita mampu menghadapinya, sebab itu Allah uji kita.
Allah sangat sayang kat kita, tapi kita selalu sombong dengan huluran cinta Allah.
Kita lebih pentingkan sayang manusia daripada sayang Allah.
Padahal, di dunia kita hanya hidup sementara, di akhirat hidup abadi pasti.
Cinta Allah lah yang akan kita cari bagi kebahagiaan hidup akhirat.
Tapi bekalan cinta dari Allah sudah cukup kah? sehingga kita alpa dan leka dan hanyut dengan cinta manusia?
Fikir...
Thursday, 28 June 2012
Wednesday, 6 June 2012
CompUTer ProgrammEr
Assalamualaikum...
Computer programmer ni ialah manusia yang work out on coding.. computer coding untuk menghasilkan satu system..
Untuk lebih memudahkan pemahaman.. anda ke mesin ATM untuk keluarkan duit. anda klik MASUK, ENTER PIN NO , CHOOSE TRANSACTION.... haa... tu semua kerja programmer untuk membuat coding bagi run the system.. maknanya bagi system tersebut berjalan. boleh pakai.
Di samping itu juga, software juga dibina melalui coding2 ni. androidapplication, games, turut dibuat melalui coding2 ni. Its fun to know rite? but its hard., tough, and maybe you must sacrifice you life....huuuu
Dalam perkomputeran, ada banyak bahasa pengaturcaraan, antaranya, C, C++, JAVA, PHP, dan banyak lagi. Dan kebiasaanya, subject nie lah student paling tak suke.. including me,,huhu
Dear my java assignment... please finish youself!..
Sunday, 27 May 2012
Password Strenght
Assalamualaikum..
Adik aku student. Pinjam duit ptptipu. Pada suatu hari, dompet hilang. Dalam kad atm ade duit ptptn RM2000, adik sangat berjimat cermat nak guna. Lepas dompet hilang, pergi bank, cek duit RM2000 tersebut lesap. Alangkah lara duka hatinya.
Kenapa senang sangat duit tersebut dapat hilang ?? Sebab password pin kad atm tersebut tersangat senang diceroboh.Camne? Banyak orang-orang mengambil langkah mudah dengan meletakkan password pin kad atm enam no dihadapan i/c. Contoh 891212-01-5900 maka password adalah 891212. So easy cheesy la...
Jadi, sila create satu password yang susah. Yang susah nak agak. Yang susah nak dijangkakan. Dan bagi mendapatkan password yang kuat, terutamanya password e-mail,facebook, dan sebagainya.. Sila gabungkan perkataan ,nombor, symbol, hurufbesar,hurufkecik. Cth : 89-ash91-kih3
Jika anda masih ragu-ragu adakah password anda STRONG,MODERATE,WEAK., korang boleh test password anda di PASSWORD STRENGHT CHECKER. Please do try ok!
Ok! sekian... :)
Saturday, 26 May 2012
Cinderellah Vs Rapunzellah
Cinderella, hikayat dongeng yang cukup dikenali ramai. Sehingga para gadis berangan-angan mahu menjadi seperti watak Cinderella yang akhirnya happily ever after.
Jam menunjukkan 1.00 petang, khusyuk membaca sebuah buku hasil pinjaman semek pink, pukul 2 ade kelas 1citizen., Takpe, masih ade mase menelaah buku hikayat dongeng itu. Walaupun sudah berumur angka 2+ dihadapan, tapi ape salahnya membaca buku dongeng.
Kisah Cinderella amat terkesan di hati. Penderitaan demi penderitaan, kepayahan demi kepayahan di rasai oleh Cinderella. Dengan adanya 2 orang kakak tiri dan ibu tiri yang garang bak singa, Cinderella tak mampu hidup aman. Akhirnya ,,aku pengsan dan berada didalam rumah cinderella sambil mengemop lantai..
Khayalan atau realiti? Aku adalah Cinderella? Aku yang harus menyelesaikan kerja rumah? Aku yang harus mengangkut air di sungai? aku kah? Bukan kah aku berada di tilam empuk sambil membaca buku hikayat dongeng? Realiti atau Fantasi?
Tiba-tiba......
"Bangun",!!!!!!!!!
"Tak pergi kelas ke?"
Mak tiri ku membebel, Aku yang terpisat-pisat bangun dari tidur seperti kebingungan.. Kelas?
Jam menunjukkan angka 2.35 petang. Ada ape dengan kelas? aku harus mengangkut air di sungai...
"Kelas 1Citizen kan ade petang ni, lupa keeee......", Mak tiri ku membebel lagi...
Tersedar! Terkejut! DAmn!
Rushing and running to the class...!!!!
The End~
p/s : jalan cerita buku cerita boleh mempengaruhi tidur anda.Beware!
mak tiri - housemate,huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)