Monday, 22 July 2013

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dariNya
 
 

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan Kareem


Alhamdulillah, Ramadhan tiba. Bulan yang kita harus lipat gandakan amalan buat bekalan akhirat. Pahala yang dapat berlipat ganda. Tanda cinta Tuhan. Award pada siapa-siapa yang usaha. 

Nikmat bulan ramadhan bukan pada makan sedap tika berbuka saja. Tapi seharian penuh dengan pahala sunat yang Allah offer. Lewat kan sahur,segerakan berbuka, amalan-amalan sunat seperti berzikir dan membaca Al-quran dan sebagainya. 

Rebutlah. Peluang terhampar tiba. Syukur masih bernafas di ramadhan ini. Kemudian ramadhan belum tentu kita ada. Rebutlah.

Selamat berpuasa :)



Sunday, 7 July 2013

Kontang



Bila hati kering tandus. Bila di robek tiada pekat darah lagi. Terbiasa di lukai. Robek koyak lah puas-puas. Masih. Tiada darah lagi. Aliran nya kering. Baunya sepi. Warnanya hilang. 

Terbiasa hati dicucuk-cucuk kata. Kata yang buat mata menumpahkan kandung airnya. Hati. Lembut saja. Jentik sikit emosi mula menggila.

Jangan main-main organ ini. Lembut tapi keras sifatnya. Degil tapi manja nya dia. Hati ini. Jagalah. Jangan permain kalau tahu tak boleh bahagiakan. Jangan miliki kalau tahu tak boleh jaganya. 

Hati. Cari pemilikmu. Cari elok-elok. Yang boleh tampal rawat lukamu. Yang mampu alirkan kembali darah memerah mu. Hati. Jaga dirimu , simpan dirimu, rawat dirimu, hias dirimu, buat yang berhak ke atasmu.. 

Adios.