Friday, 5 August 2011

Perfume : Mine and yours..!



“ooooooooo”, bulat muncung mulutku pabila memandang bait-bait tulisan di dada senaskhah majalah. Usang dan berkeroyok sudah. Dibelek kiri dan kanan, nyata muka hadapan sudah dimamah usia dan tiada bertempek di majalah itu. Biarkan. Di teliti lagi setiap patah perkataan yang teramat menggamit jiwa keperempuanan aku. Selama aku hidup , the fact is hidden and I did not build any effort to explore it. Sighhh….

Tiap hari sebelum melangkah menghadirkan diri kekelas, pasti aku calit sedikit perfume ke dua tapak nadi kiri dan kanan.Fresh!. Walaupun kekadang lupa, memang jiwa selekeh.haha.. pakai perfume Tak perlu melebih nanti mengundang fitnah. Bau bauan yang lembut mengundang ketenangan dan keyakinan. Agree? Nod your head. Hehe. 

Seperti yang kita tahu, minyak wangi memang terlampau akrab bagi setiap wanita. Begitu juga lelaki kan. Sekarang berlambak minyak wangi dipasaran, ada jenama dalam dan luar juga. Pilih,beli,calit,done. Hidup anda kan ditemani bauan menyenangkan, disamping menjadi daya penarik dan tanda peribadi anda.
Sejauh mana kepekaan anda terhadap isu perfume.

I means.. Cara penggunaan, cara penjagaan, cara memilih and what so ever bout minyak wangi. Kalau aku, aku main rembat mak aku punya. Rasa best dan sesuai dan wangi, terus aku bawak lari sebotol.Tak perlu mahal janji kena ngan jiwa..ye dak? Ngehee
Tips daripada majalah tu yang aku nak kongsi.

Bagaimanakah cara yang betul untuk memilih minyak wangi?
Pernah tak korang pergi mall pastu jumpe kedai perfume, korang pom duk calit kat tangan sikit. Nak try test nak bau. Cara yang betul nak test minyak wangi ialah, sapukan setitik minyak wangi yang mahu dicubai, biarkan selama 15 minit hingga baunya benar2 melekat.Pastu boleh lah decide samaada sesuai atau tak dengan personality anda.

Berapa minyak wangi yang dapat dicubai dalam satu masa?
Time jejalan kat mall tu, ade tak manusia pegang 5 botol minyak wangi sekali gus, pastu try nak calit kat tangann korang, nak suruh korang bau. Tapi boleh ke macam tu? Fyi, korang tidak boleh mencuba dua atau tiga minyak wangi dalam satu masa, kerna kalau lebih dari itu ia akan menyebabkan daya cium hidung korang hilang, dan korang takleh nak bezakan jenis2 minyak wangi dan susahlah nak buat pilihan tepat kan.

Kenapa minyak wangi perlu dicuba sebelum dipilih?
Ni fact paling aku suke dan aku baru tahu.Jakun.hehe. Kesan minyak wangi ni actually berbeza-beza menurut kulit memasing dan korang tidak dapat mengetahui reaksi dari percampuran minyak wangi dengan lemak kulit anda melalui percubaan SENDIRI. Maknanya korang takleh lah menggantungkan pilihan minyak wangi keatas teman2.Dan jugak korang takleh pilih minyak wangi tu sebab korang rasa best bile kawan,keluarga,jiran tetangga korang pakai.Kerna kita semua punyai kulit dan lemak berbeda, so kesesuaian pom berbeda, kadang kalau si A pakai.. wangi je, tapi bila si B pakai yang sama, bau cam bangkai aje.. So, lain orang lain kesesuaian okeh!

Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan minyak wangi?
Mentang2 ada date ngan buah hati, habis sebotol minyak wangi korang duk sembur or calit. Jangan!, membazir seh. So, how? Kenakan beberapa titis minyak wangi di kawasan nadi iaitu di kedua belah tangan, di lipatan lengan dan dibelakang lutut korang. Semua kawasan ini merupakan kawasan2 denyut nadi yang menolong menyebarkan minyak wangi itu sehingga semerbak di sekeliling korang. Korang boleh jugak calitkan sikit kat belakang telinga anda.Wangi!

Minyak wangi ni kekadang boleh mengubah personaliti seseorang yang kurang yakin kepada manusia yang konpiden tinggi dan tenang dan mudah bergaul.Cube bayangkan kalau korang berbau masam, tengit, busuk dan sebagainya, akan mengundang ketidaksenangan orang sekeliling kan. Bayangkan pula kalau berbau harum semerbak kasturi, boleh jadi cam iklan tv pulak, Lalu je terus mata setiap disekeliling tak lari merenung si pemakai.Hehe.So pikir2 lah.

p/s : pakai one drop perfume aje. Selesa,wangi yang penting jimat.muehehehe



1 comment:

Hashira Yusoff said...

saya x pakai pn perfume....
losyen sudah.. huhuhu.