Assalamualaikum kawan-kawan. Cube tengok gambar di atas.. rase-rasenya lar, aku nak membebel pasal ape erk?? ce teka,ce teka!hehe.. Actually aku nak cerita pasal KEVIN CARTER, korang kenal sape bro nie? ape pulak kaitan gambar kat atas tu dengan Kevin nie ? Mungkin korang semua dah tahu pasal cerita nie, tapi aku just nak berkongsi dan memperingati kembali sejarah nie, yela..aku akui aku pom giler bergambar, cume belom sampai seru nak beli DSLR,hehe.. so sebagai manusia yang suke bergambar, ape kate kite selongkar sikit pasal a great photojournalist iaitu KEVIN CARTER.
March 1993, Kevin Carter telah berangkat dari Afrika ke Sudan untuk melaporkan tentang pemberontakan di negara tu. Sesampai di sana, dia mendapati pemberontakan bukan masalah besar tetapi kelaparan adalah masalah paling buruk. Cube anda renungkan gambar-gambar tu, nampak sangat krisis kebuluran teramat genting. Ketika berjalan di daerah tersebut, dia telah mendengar suara seorang budak perempuan sedang menangis. Dia terlihat anak kecil tersebut sedang menangis dan bersujud diatas tanah tanpa sebarang pakaian dan berkeadaan tulang temulang yang menonjol.Budak tersebut berusaha ke pusat makanan tetapi terus rebah kerana tidak berdaya. Tidak jauh daripada budak kecil tersebut, ada seekor burung pemakan bangkai yang setia menunggu untuk menyambar budak tersebut jika budak itu mati.
Ape yang Kevin buat? dia hanya menunggu dan memerhati keadaan tersebut.Dan selepas 20 minit menunggu, dia melihat burung tersebut masih tidak berganjak dan si kecil masih penat dan menangis sendirian di situ. Kevin terus snap gambar tersebut dan bergegas ke tempat lain. Gambat tesebut telah dijual kepada majalah NEW YORK TIMES dan akhirnya telah diedarkan. Gambar tersebut telah mendapat liputan dan ramai rakyat dunia menanyakan perihal dan keadaan anak kecil itu. Tetapi malangnya nasib anak kecil tersebut tidak diketahui dan Kevin Carter telah dikecam kerana tidak menmbantu budak tersebut.
Pada 2 April 1994, Kevin telah mendapat panggilan daripada NEW YORK TIMES dan memberitahu bahawa foto tersebut telah memenangi Pulitzer Prize 1994. Hadiah nie merupakan anugerah tertinggi kepada wartawan. Tetapi pada 27 julai 1994, dunia kewartawanan heboh dengan berita kematian Kevin. Kevin disyaki bunuh diri. Kenapa?
Menurut kawan-kawana Kevin, selepas mengambil foto-foto tersebut, dia dihantui rasa bersalah kerana tidak membantu anak kecil tersebut.Kecaman yang diterima mengatakan dia hanya mementingkan diri dan kerjaya tanpa menolong membawa budak tersebut ke pusat makanan. Kecaman demi kecaman membuatkan Kevin tertekan dan membunuh diri. Nota bunuh diri yang telah ditinggalkan Kevin ialah :
"...I am haunted by the vivid memories of killings & corpses & anger & pain . . . of starving or wounded children..."
Kevin Carter |
Moral value : Bersyukurlah di atas nikmat Allah kerana telah mengurniakan kita sebuah tanah air aman damai. Masalah kebuluran takda kat malaysia nie, kalo ade konpem Bersamamu on the spot mari. SO kawan-kawan, ambik lar mase sejenak untuk berfikir dan merenungi keadaan tersebut dan cerita diatas. Jangan membazir makanan lagi, ingatlah saudara kita di sana.Bersyukurlah dengan ape yang ade.
SAY ALHAMDULILLAH...
3 comments:
nice :D
good job! akak dah lama dpt gambo tu dan mmg sedih sgt...tak tahu apa kesudahannye....bca blog awk ni bru tahu cite sebenar...sedih kan...dua-dua jadi mangsa keadaan...iskhhhh...
hakeem : yeah !
Kak noriz: betul2...takleh salhkn sape2,,
Post a Comment