Saturday, 10 September 2011

:: AIR LIUR PENYEMBUH LUKA ::


Assalamualaikum.

Aloha semua! Korang pernah tak mengalami air liur meleleh apabila tengok makanan s0dap2? Ataupun air liur keluar ketika korang tidur? Ataupun tengah syok sangat tengok movie sampai tak perasan air liur keluar? Pernah? Eeuuw~ 



     Bayangkan satu situasi ok. !Miss A sedang mengupas buah epal., sambil control cun sebab Mr. Z ada kat tepi menyibuk nak tengok adegan mengupas buah epal. Tiba2 Miss A terpotong jari, maka luka lah jari Miss A. Dengan langkah yang pantas dan efisien, Mr  Z terus memasukkan jari Miss A kedalam mulutnya.. Kenapa?? Kenapa tak lap darah tu? Kenapa tak basuh luka tu? Kenapa mesti letak dalam mulut? Kenapa yerk?

     Hasil penyelidikan telah mendapati bahawa rembesan cecair dalam mulut uang dikeluarkan kalenjar air liur mengandungi berbagai manfaat kepada tubuh manusia dan antaranya ialah proses penyembuhan luka yang pantas. Saliva atau air liur mengandungi protein Histatin , protein kecil di dalam air ludah yang didakwa boleh membunuh bacteria .WOW!

     Future research dibuat dan mendapati Histatin turut membantu menyembuhkan luka.Sebab tu lah kekadang kalau haiwan, menjilat2 luka dibadannya kerna mereka tahu, dengan cara sedemikian dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Kalau korang luka tangan boleh lah try letak dalam mulut. Kalau luka kaki?? Err..

Kalau hati terluka pulak, nak wat camna lak erk??


Adios geng !




6 comments:

M Firdaus Mohd said...

kalau bini aku kaki dia luka, sanggup jugalah aku jilat. lulz.

LoVe HunTer.. said...

Firdaus : yucks~ baek ko tmpal plaster!haha

RedVixen said...

betooooolll. nenek aku tukang ngurut dan jampi. kalau luka besar yang bernanah2 tu dia akan jampu dan ludah sikit. sikit je k bukan selambak ye. hehehehe.

memang banyak orang yang geli sbb diorang tak tau air liur tu mujarab.tp memang terbukti pon teknik nenek aku tu berkesan. hehehe. thanks for da info :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

u lah, kalau luka kaki macamna kan? hahqa, tapi sgt berguna info mengenai air liur ini! TQ~

LoVe HunTer.. said...

yup! welkem.. teror arh nenek ko musang .. tak turunkan ilmu kew...?

LoVe HunTer.. said...

fifiey : sama2 .. dtg la lg jalan2 cni yerk!