Tuesday, 23 September 2014

Warung bawah jambatan


Hari ini aku pergi jejalan dengan mak dan adik aku. Lepastu, singgah lepak jap kat satu warung bawah jambatan. Memang warung ni lejen la sebab dah lamaa dulu lagi wujud.

Aku biasa singgah sini dengan ayah aku je. Sebab ni tempat lepak ayah aku masa rehat waktu kerja dulu. So , ayah aku biasa ajak teman minum2 sambil menyingkat nostalgia lama. 

Aku kurang suka. Sebab pelanggan yang ada pak-cik. Lelaki. Kurang selesa. Tapi sebab pergi dengan ayah aku, aku sanggup juga. Ada lah jugak perempuan yang datang , tapi sekerat je. 

Macam hari ni, semua meja penuh. Semua golongan lelaki. Sobss.. So, aku cecepat bagitau mak aku, aku segan. Nak lalu cari meja kemainn lah jadi center of attraction. Malu lah. 

Dalam malu cenggitu order jugak tea ping penghilang haus tekak.haha. Sambil jamah keropok lekor panas-panas. Habis malu. Ok, sekian aku merapu. Jumpa lain waktu. :)


2 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Selalu jugak segan kalau tetiba ramai lelaki kan.

http://nurulzayani.blogspot.com/

ash shekin said...

zayani : kann... segan..