Sunday, 3 April 2011

:: Pari-Pari itu wujud?! ::


          Assalamualaikum, hai peeps! Ape khabar semua warga blogger sekalian. Korang sihat? Dah makan ? kalau belom makan jom makan angin dekat belog aku.hehe. So, hari ini shikano the storyteller nak story mory sikit pasal fairy,ataupaun pari-pari. Korang tahu tak benda ape tu? alaa..cube tengok gambar atas. Tu lah pari-pari dalam criter tinkerbell. Comel-comel dan kiut kan.Pari-pari ini boleh dikategorikan macam manusia kenit yang ade sayap dan boleh terbang. Tapi adekan pari-pari ini hanya mitos atau lagenda atau fantasi atau imaginasi atau realiti?? 
           Pernah tak tengok cerita indon bawang putih bawang merah? yang ade pari-pari terbang tu.. My first impression ialah cerita ni tahyul (mengadap jugak sampai abis episod,hehe?) Dan sampai situ je lar percaya aku.Tibe-tibe hari ini aku bercerita pasal benda yang wujud atau tak kat dunia ni dengan classmate aku. Aku sibuk bercerita pasal CIK DUYUNG, dan kawan aku sibuk bercerita pasal fairy/ pari-pari. Ini telah menimbulkan minat aku untuk bertanya pakCik Google. So, ape cerita pasal pari-pari ini, wujud ke tak ek?Ape yang aku dapat?? nah,,,



          Hah!Tengok gambar atas tu! ape perasaan/pandangan/pendapat anda?? wujud ke?Pari-pari dia atas yang seperti dimumiakan ini ditemui di perkampungan Derbyshire,England.PAri-pari tersebut berketinggian 8 inci lengkap dengan sayap,kulit,gigi dan rambut merah telah dianalisis oleh ahli antropologi dan ahli forensik dan disahkan bahawa pari-pari itu asli.Jadi, wujudlah ??? sabar-sabar..
          Futher analisis dibuat oleh aku saintis, menunjukkan bahawa Dan Baines iaitu seorang ahli silap mata dan seorang artist ni yang telah menjumpai fairy ni dan katenya benda ni just a joke ataupun April fool's day prank.CEH!! Gambar ni telah disebarkan ke seluruh website, blog,email dan kemerata tempat dan tepat pada 1 April, mr Baines ni umumkan yang fairy kat atas tu hanyalah fake semata-mata, palsu ataupun hanya untuk seronok-seronok. Maka tertipu lah semua manusia yang mempercayai tentang kewujudan pari-pari.
          Tapi ade manusia yang mengatakan itu hanyalah konspirasi kerajaan dengan mr Baines untuk menyorok kebenaran.Mereka terlampau taksud dengan fairy kot.hehe.mr Baines berkata :

"Even if you believe in fairies, as I personally do, there will always have been an element of doubt in your mind that would suggest the remains are a hoax. However, the magic created by the possibility of the fairy being real is something you will remember for the rest of your life.

Alas the fairy is fake but my interest and belief has allowed me to create a work of art that is convincing and magical. I was also interested to see if fairy folklore is still a valid belief in modern society and I am pleased to say that yes it is! I have had more response from believers than I ever thought possible."

          Dan akhirnya pari-pari yang macam gambar kat atas tu telah di jual pada 8 April 2007 di eBay dengan harga £280.00 dan BBC menyatakan pari-pari itu telah menjadi koleksi peribadi seseorang di Amerika.
          Jadi anda-anda semua, adekah anda percayakan pari-pari? mungkin ianya satu fantasi dan imaginasi sahaja dan omputih ni suke mereka-reka cerita untuk tengok berapa ramai manusia yang terpedaya. Dan kalau yang sambut April fool lagilah bodoh, agak kasar yek, kerana itu kan amalan yahudi, so buat ape gatal sangat nak sambut jugak, kan.. Dalam Islam kite kena percaya dengan alam ghaib kan. Jadi sebenarnya dunia ni bukan dihuni oleh manusia sahaja tetapi banyak lagi makhluk-makhluk lain yang kite je yang tak nampak dan ghaib dari pandangan kita. Kita harus mempercayai tetapi jangan sesekali memikirkanya secara melampau kerana alam ghaib adalah sesuatu yang diluar batasan akal fikiran kita.

p/s : yang baik buat teladan, yang buruk jadi kan sempadan. ok! (^___^)
rujuk pasal fairy kat sini ok! -->
http://www.innerself.com/Miscellaneous/do_fairies_exist.htm
http://www.hoax-slayer.com/derbyshire-fairy-hoax.shtml

No comments: