Saturday, 5 January 2013

Bila hujan.



Nyaman. Gerimis mengundang sepi. Sepi sambil mata terlihat sunyi. Masa hujan, waktu tepat dibuai mimpi. Tapi tidak bagi yang berfikir. Kerana hujan waktu tepat untuk merenung sambil berzikir.Memuji kebesaran dan keEsaan Dia.

Hujan rahmat itu bagaimana?

Orang selalu menyumpah marah bila hujan turun kerna aktiviti harian terganggu. Tapi mereka lupa, di bumi ini ,  banyak hidupan perlukan hujan. Bagi stabilkan suhu juga, hujan diperlukan.

Atau kita mahu mencurahkan air di tempat2 panas setiap pelusuk bumi bagi samakan suhu sepatutnya?

Hujan juga membantu memenuhkan tangki empangan untuk menjana eletrik, adakah kita mahu mendaki bukit dan membawa air sebaldi dan sebaldi sehingga penuh empangan ?

Hujan juga menolong menyuburkan tanaman seluruh dada bumi yang gersang. Adakah kita mahu membantu menyiram semua tumbuhan di muka bumi ini?

Sebenarnya, bukan persoalan adakah kita mahu membantu perlu diajukan, tetapi soalan yang benar adalah "adakah kita MAMPU??".

Jadi tidak perlu susah payah menyangkal dan mengkritik ciptaan tuhan. Kerna segala yang dicipta penuh hikmah sebenarnya. Tidak perlu menambah dosa menghambur kata tidak enak pada ciptaan tuhan, kerna kita sebenarnya makhluk selemah-lemahnya. Tuhan yang Esa, nikmati lah segala ciptaan -NYA.

Subhanallah.

No comments: