Wednesday, 9 January 2013

Buat Pak Cik..


   
  Aku mahu pulang. Pulang ke rumah menenangkan fikiran kusut dan serabut.Seketika, adikku aka driver ku datang dengan jetspace berkuasa padu semacam motor. 

  Mahu saja berlepas, datang seorang pak cik. Chinese look but melayu pekat loghat terengganu. Katanya dia tertinggal handphone, mahu telipon itu anak memberitahu bahawa dia sudah tiba mahu menjemput pulang. 

  Walau hati berat mahu menolong, kerna jetspace tiada bumbung, hari pula mahu hujan, se akan mahu cepat2 segera pulang, tapi pantas ikhlaskan hati, tolong pak cik itu.

  Yang pertama, pergi ke bilik asrama anaknya. Mahu pergi bilang ayahnya menanti sudah. Tapi malang, pintu berkunci, tidak dapat menjejaki. ayahnya sudah kelam kabut, mahu ribut, aku ikut kalut.

  Ayahnya pergi pusing satu blok, katanya dia ingat bilik anaknya dimana, nasib , tingkat satu, aku ikut serta, temankan pak cik, takut nanti orang kata lelaki menceroboh asrama perempuan. Ikut juga, walau driver sudah bermesej berkali2 suruh cepat, sebelom awan gelap tiba. 

  Tapi hampa, walau diketuk, biliknya seperti kosong tiada penghuni. Mungkin masih lena dibuai mimpi. Masih pagi benar, waktu sesuai buat taik mata.

  Aku pikir, tiada penghujung kisah pak cik ini. Pak cik diam membisu. Aku membatu. Mahu tolong, tapi buntu. Lalu, aku bagi henfon ku, suruh talipon rumah sebab pak cik lupa no anaknya. Pak cik tengok aja aku, mungkin tak sangka walau sesaat kenal aku sudah pantas memberi barangku.

  Empat kali talipon, tiada jawapan diterima. Masih dibuai mimpi indah gamaknya. Aku mahu aja terbang pulang segera. Tapi kesian pak cik yang tiada kisah hujungnya. Tiba-tiba telefon diangkat, aku lega. 

  Selepas selesai semua, pak cik mintak maaf sebab ganggu dan ambik masa ku. Aku senyum dan katanya tidak mengapa. Aku fikir, mungkin ada hikmahnya, hari ini kita tolong orang , esok lusa, orang pula tolong kita.Mungkin.

  Kaki diangkat, mahu pulang segera. Kesian driver, tunggu lama. Tiba-tiba pak cik hulurkan duit, katanya tanda terima kasih. Aku tolak, tolak dan tolak. rasa ku, hanya secebis pertolongan itu, rasanya tak perlu diberi ganjaran. Aku ikhlas tolongnya demi tuhan yang ESA. 

  Aku segera pulang, menaiki jetspace, helmet disarung dan segera meluncur. Sambil di tangan tersemat kemas not RM10.Hujan tak kunjung tiba, kami selamat, tersenyum lebar, mengukir memori indah..

What goes around, will comes around, In Shaa Allah (^_^).

1 comment:

Cuya said...

hai,jom join dua GA gempak ni!!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2013/01/pre-birthday-giveaway.html

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2012/12/kawaii-giveaway-by-mimie-isha.html

hrp awk delete word verification