Tuesday, 6 May 2014

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

Assalamualaikum.

First of all, tahniah untuk adik2 yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi. Result dah keluar kan. So, kepada yang dapat, tahniah dan best of luck untuk hari mendatang. Terkadang adik2 mesti konfius, nak pergi ke tak? orang cakap matrik susah? kalau tak score camne eh? betul ke susah? betul ke matrik tu tempat jin bertendang?

Waahhh.... So much serabut di fikiran kan. Well, semua orang merasa dan dont worry. Allah will guide you if you keep asking and praying for your future life. He always with you. ok. 



Kolej Matrikulasi Melaka. Aku dah lama tinggal actually. Tahun 2009/2010 camtula. lame kan. But hey, the memories there keep hitting me. Believe me, you'll too. 

KMM ni antara matrikulasi yang tertua dan banyak melahirkan insan cemerlang. Dan sesiapa yang dapat tawaran ke sini, golongkan diri anda dalam kategori terbilang. Ye lah, nak dapat matrik pon, result takleh cikai cikai kan. So, matrik melaka ni.. best ke? mesti tertanya kan..

Pada pendapat aku yang setahun menghabiskan sisa menjadi pelajar matrik di sana, KMM sangat awesome. Daebak! Korang takkan jumpa jalan yang landai sebab kawasan di sini berbukit. Anak tangga sentiasa jumpa. But believe me, itulah uniknya. siyes. 

Aku dapat asrama blok A5, blok paling tinggi, paling atas. dan aku dapat tingkat 4, tingkat paling atas. (eh, ke tingkat lima..)Kat situ view sangat cantik . Nampak laut bergelora dan kapal2 cruise macam titanic lalu.  Tak ke awesome melimpah ruah. haha. kidding. Memang azab, tinggi siot, nak2 ko terkejar2 nak ke kelas, gap pulak sejam tengah hari, nak makan lagi,solat semua, pastu berlari panjat tangga , turun tangga gi kelas. fuhhh... sangat mencabar fizikal dan mental.. Tapi itu lah sampai sekarang terkenang. SOb3 . Rindu. 

Ni kelas2 tutorial. hah. dah nampak tangga kan. 
Kawasan makmal. Ye, memang bangunan dah tua2. Banyak ilmu woi. Petang di kala sunyi, banyak kapel ngedate pastu kena halau. haha
yang ni kawasan makmal gak. 
Ni bilik kuliah yang selalu padat dan sesak. Sila datang awal ke kelas. 
Ni kawasan pejabat dan bangunan oren belakang tu, bilik guru. Oh.. sini still panggil cikgu. 
Ni antara kawasan cafe. Setiap blok kediaman contoh A akan ada cafe A. Kat sini ade 3 cafe tak silap. Zaman aku la ea..
Hah, ni asrama. tu bilik korang. Tu rak kasut korang. Sebilik 4 orang. memang, menakutkan sikit. sikit je la. Dah lama mesra2 dan sangat best. tak tipu. 
Zaman aku, macam ni la bilik study. Mengadap laut. best woo.. 
Ni lah view aku cakap tu. tu lauuuttt tu. nampak? kapal tu.. memang camera takleh capture macam mata kita rakam kan. but believe me, hari2 ko tengok kapal macam titanic oi. 

Ni view dari atas blok. Bukit paling tinggi, blok paling tinggi, dan tingkat paling tinggi. heaven. Memang sangat semulajadi.  
Ni je lah kot yang dapat aku kongsi. Gambar2 kat atas aku google je. Yang dua last tu, gambar aku sendiri. camera pon ngek je time tu sebab dulu mane ade enpon cecanggih cam sekarang. tapi. syukur. 

So, ni lah sikit sebanyak first impression untuk adik2 yang akan masuk Kolej Matrikulasi Melaka pada akhir mei ini kan. Yang masih ragu2,, well, KMM is one of the best Matriculation, adik2 patut bersyukur dan rasa bertuah dipilih untuk berada di sini. 

Kemudahan asas, OK. Cafe, Ok. Tempat belajar ok. Korang nak outing pon senang sebab teksi tiap weekend akan bersepah depan pintu pagar matrik dan kalau korang nak jimat boleh tunggu bas. Pantai Pengkalang Balak antara terdekat tempat lepak buang tensen. Yang lain kalau nak enjoy2 boleh ke mahkota parade, A famosa ke, waterworld ke. hah, banyak tempat, antara nak tak nak je. 

Cikgu2 semua. awesome. Sangat. Kalau ada masalah, korang jumpa personal, lagi cikgu2 ni suka. Jangann bimbang adik2 sekalian, KMM sangat bagus. Dan InsyaAllah iklim cemerlang tu akan membantu adik2 semua untuk turut cemerlang InsyaAllah. 

Selamat Berjuang ! 


2 comments:

MH MY said...

Ok. ini yang buat nak nangis ni. Saya batch pertama matrix start setahun sahaja. tahun 2001. huhu... Rindu

Nursyafiqah Athirah said...

Kemudahan yang disediakan okay tak?iron kena bawak ke?hehehe