Sunday, 27 January 2013

Senyum.

  

 Senyum.Bukan susah tapi payah bagi mereka yang takut nak bersedekah. Ye, senyum itu sedekah, nak harapkan kita sedekahkan duit,harta bernilai, mungkin ditunjukkan tarikh kematian baru gedik nak sedekah.

  Ada orang kata nanti pompuan senyum kat lelaki, gatal namanya. Lelaki senyum kat pompuan , miang namanya. Make it simple. Jangan senyum kat berlainan jantina andai tak kenal. 

  Tapi boleh saja senyum tanda ramah, senyum tanda terima kasih, senyum tanda ikhlas menolong, senyum tanda simpati , senyum tanda syukur, senyum sajalah. 

   Aku suka senyum pada yang tua. Walau tak kenal tapi aku tau, yang tua mesti balas senyumanku. Rasa lega gembira bercampur  bahagia. 

 Aku suka senyum pada kanak-kanak. Riang ria dia balas senyumanku, kalau ada lesung pipit lagi comel semestinya. Yang kecil pula tidak sombong tapi ikhlas dan jujur menyedia senyumnya. 

  Aku jarang senyum pada yang dewasa. Aku senyum bila ku rasa mahu. Sombong? Bukan. Tapi sakit hati kerna jelingan saja akan dihadiahi. Ada kala buat tak nampak sahaja. Sakit hati hanya tuhan saja yang tahu. Tapi positiflah.. Mungkin dia ada masalahnya. Buat apa pikir pening sahaja, baik ko senyum sahaja pada alam indah.

 Senyumlah. Tak rugi malah menenangkan. Boleh juga melepaskan tekanan. Senyum itu sedekah. Pahala free sahaja Allah titipkan. Senyum lah. ^_^




1 comment:

Unknown said...

Iyeahhh...! Senyum itu sedekah & x rugi pun kalau snyum kat org.. Hhehee..! Saya pun suka senyum, but not always lah.. T giler plak kan.. Haha! :)